Saturday, December 3, 2022

Empat sekeluarga selamat kuarters di Kem Semboyan terbakar

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Empat sekeluarga terselamat apabila kuarters tentera yang didiami mereka musnah dijilat api dalam satu insiden di Kem 1 Rejimen Semboyan dekat sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian 12.15 tengah hari itu, kesemua mangsa sempat menyelamatkan diri setelah mendapati api marak dengan begitu pantas.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Negeri, Farhan Sufyan Borhan, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12.22 tengah hari dan sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota dikejarkan ke lokasi, yang terletak kira-kirq 1 km dalam tempoh dua minit.

“Setibanya di lokasi, pasukan membuat tindakan mengekang api daripada merebak ke kediaman bersebelahan, sebelum menggerakkan tindakan pemadaman secara ofensif.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh 13 ke 15 minit sebelum proses-proses penyejukan dilakukan.

Siasatan awal mendapati 80 peratus daripada rumah dua tingkat separuh kekal, yang berkeluasan 60 kaki x 80 kaki itu musnah.

“Namun kita bersyukur tiada kecederaan yang berlaku,” katanya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan forensik kebakaran. – Sarawakvoice.com

kua kua1

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru