Thursday, May 19, 2022

SUKMA XVIII: Sarawak dahului saingan dengan tiga emas, satu perak

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak menyapu bersih pingat emas acara taekwondo hari ini, untuk meletakkannya di kedudukan teratas senarai pungutan pingat keseluruhan, dengan tiga emas dan satu perak pada hari pertama Sukan Malaysia (SUKMA XVIII).

Lagu “Ibu Pertiwiku” berkumandang kali pertama pada seawal jam 11 pagi tadi apabila Augustine Rudi G dan Nurul Hidayah Abd Karim mencipta emas pertama menerusi kategori Poomsae berpasangan campuran.

sukma emas 1-0002

Penguasaan Sarawak di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching itu berterusan pada sebelah petangnya apabila giliran Marylybe Bungan Lian mengungguli kategori Poomsae wanita manakala Yong Jin Kun dikalungkan emas untuk kategori Poomsae lelaki.

Pingat perak pertama Sarawak pula dikutip di Stadium Tertutup Miri, apabila Nadzirah Tuwah memperoleh mata kedua tertinggi dalam acara Kata individu wanita.

Pulau Pinang mengiringi di kedudukan kedua senarai pungutan pingat apabila memenangi tiga pingat emas dan satu gangsa, semuanya menerusi acara karate.

Khaw Yee Voon memulakan penguasaan negeri itu apabila menenangi emas kategori Kata individu wanita manakala Ivan Oh Theng Wei menenangi emas Kata individu lelaki.

Pingat emas ketiga Pulau Pinang diperoleh H.S. Priyashankari apabila muncul juara Kumite wanita bawah 45kg.

Seorang lagi wakil negeri itu, Wong Yie Hang sekadar memungut gangsa untuk kategori Kumite lelaki bawah 67kg .

Tiga negeri lain yang turut memperoleh emas pada hari pertama temasya ialah Selangor, Wilayah Persekutuan dan Melaka.

Selangor mengutip emas pertamanya menerusi acara Kumite lelaki bawah 55kg menerusi P. Tarshyent manakala Wilayah Persekutuan mencatat emas menerusi sukan gimrama menerusi acara berpasukan wanita.

Melaka turut mengutip emas tunggalnya hari ini apabila L Davaras memenangi katergori Kumite lelaki bawah 67kg.

Pada esok, empat jenis sukan akan berentap, dengan 19 perlawanan taekwondo berlangsung di Stadium Perpaduan Sarawak.

Turut meneruskan saingan esok adalah acara sukan hoki, bolasepak selain empat kategori gimrama. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru