Sunday, August 14, 2022

Rampasan Kuasa Turki: Pemuda Amanah kritik media Barat

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pemuda Amanah mengkritik kecenderungan laporan media Barat membabitkan kejadian rampasan kuasa di Turki.

Naib Ketua Pemudanya Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, media barat tidak perlu menjadi pihak ketiga dalam cubaan merampas kuasa dan mengganggu-gugat kedaulatan negara Turki.

“Ini kerana ia hanya akan menjatuhkan kredibiliti dan reputasi dunia kewartawanan umumnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemuda Amanah berkata media barat seolah-olah menggerakkan kempen propaganda psikologi bagi memberikan sokongan kepada cubaan rampasan kuasa tersebut.

Justeru, Pemuda Amanah  katanya memberi sokongan padu kepada rakyat, pimpinan dan negara Turki dalam menghadapi kemelut itu.

Beliau menyeru semua anak muda dan masyarakat di Malaysia dan juga seluruh dunia agar terus menghormati dan mempertahankan hak rakyat, nilai demokratik dan juga kebebasan asasi sebuah negara yang merdeka.

Pemuda Amanah juga menyambut baik kesudian Duta Besar Turki ke Malaysia Basak Turkoglu menerima kunjungan hormat pimpinan Amanah dan Pakatan Harapan semalam.

amanah turki_0000

Kunjungan hormat tersebut  bertujuan untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan pilihan rakyat.

“Ia juga bagi membantah sekeras-kerasnya cubaan merampas kuasa oleh sebahagian kecil pihak tidak bertanggungjawab serta mengikuti perkembangan mutakhir yang berlaku di Turki,” katanya.

“Pemuda Amanah mengambil perhatian serius apabila Duta Besar Turki menyifatkan bahawa cubaan rampasan kuasa tersebut adalah bukan sebenarnya satu kudeta tentera,” katanya.

Menurutnya, ia lebih kepada satu tindakan pengkhianatan kepada negara yang bukan hanya didalangi oleh sebahagian kecil anggota tentera tetapi juga anasir-anasir subversif lain dalam kerajaan dan juga di luar Turki.

Jumaat lalu, anggota tentera pemberontak telah melakukan cubaan rampasan kuasa, tetapi berjaya ditumpaskan tentara dan polis yang setia kepada kerajaan. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru