Saturday, December 3, 2022

Pilihan raya Pulau Pinang, perbincangan diteruskan

Secara Rawak

SHAH ALAM: Sama ada pilihan raya mengejut perlu diadakan di Pualau Pinang atau tidak, perlu terus dibincangkan dengan parti komponen Pakan Harapan.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan berkata,  pimpinan PKR bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan pimpinan parti-parti komponen Pakatan Harapan mengenai isu ini melalui Biro Politik.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang diuar-uarkan sepatutnya hadir dalam mesyuarat malam tadi, tidak muncul sehingga menimbulkan teka-teki.

Meskipun banyak dikritik langkah mengadakan pilihan raya mengejut itu, Guan Eng dikatakan perlu kembali kepada rakyat untuk mengukur sejauh mana mereka masih mendukung kepemimpinan beliau.

Pada 2013, DAP menguasai 19 kerusi, PKR 10 kerusi dan PAS 1 kerusi, manakala BN  memenangi 10 kerusi.

Jika Pulau Pinang mengadakan pilihan raya itu, ia akan menjadi negeri kedua mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan selepas Sarawak.

Sarawak satu-satunya negeri mengadakan plihan raya berasingan dengan pilihan raya umum (PRU), telah mengadakan pilihan raya negeri 7 Mei lalu.

BN memenangi 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri di sebalik popularity Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang mencanak.

Menurut laporan media  Wan Azizah dikatakan tidak begitu berminat Pulau Pinang mengadakan pilihan raya berkenaan, justeru pemimpin PKR dari Pulau Pinang menghadiri mesyuarat untuk memberikan maklum balas mereka. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru