Thursday, September 29, 2022

Ideologi berbeza penghambat pembangkang bentuk pakatan yang baik

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ideologi yang berbeza menjadi hambatan  bagi pembangkang  untuk membentuk pakatan yang baik, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Sambil menyifatkan pembangkang menukar nama serta rakan politik seperti menukar baju, Azlina yang juga Ahli Parlimen Pangerang berkata, pembangkang gagal menubuhkan kabinet bayangan seperti kebanyakan negara lain.

13725062_1756414881269161_3864931506148101824_o“Saya pelik dengan pembangkang ni. Dah berapa kali bentuk pakatan, dah berapa kali tukar nama tapi sampai sekarang kabinet bayangan pun tiada. Tukar nama pakatan dan rakan politik macam tukar baju,” katanya dalam satu kenyataan.

“Terbukti, BN juga yang kekal relevan dan menjadi pilihan rakyat sebab ‘track record’ dan misi perjuangan yang jelas,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, politik bukan sekadar membentuk sebuah parti tetapi bagaimana anda mampu memberi khidmat kepada rakyat, ini yang mereka tidak faham.

Minggu lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan hasrat menubuhkan parti politik baharu yang disifatkan pemimpin BN sebagai membuktikan bahawa tidak percaya kepada parti pembangkang sedia ada seperti PKR atau Amanah.

Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, gabungan BN bercakap mengenai dasar-dasar negara dan hala tuju semasa, sementara pembangkang masih tidak mampu untuk membuat keputusan berkaitan siapa ahli gabungan atau pakatan antara mereka.

“Namun BN bantu bekerjasama dengan 13 parti komponen di bawahnya kerana punya satu agenda iaitu berkhidmat untuk rakyat” katanya.

Beliau berkata, sejarah telah membuktikan penubuhan Semangat 46 yang dianggotai bekas-bekas ahli mahupun pemimpin Umno telah gagal membawa hala tuju mereka dan akhirnya mereka kembali kepada Umno. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru