Monday, August 8, 2022

Filipina sahkan 5 rakyat Malaysia diculik Abu Sayyaf

Secara Rawak

MANILA: Sah, lima awak-awak kapal tunda dari Lahad Datu, Sabah telah diculik oleh militan Abu Sayyaf, kata Penasihat Presiden Filipina, Jesus Dureza semalam.

Menurutnya, berdasarkan maklumat perisikan, bot pukat tunda terbabit sedang  dalam perjalanan dari Sandakan ke Semporna apabila ia dipintas.

Bercakap pada sidang media di Malacanang, Dureza memaklumkan, oleh kerana semua anak kapal itu telah dibawa lari, kapal tersebut ditemui hanyut tanpa pengemudi pada Sabtu lalu di perairan Lahad Datu, bersempadan dengan Pulau Tawi-Tawi.

Pihak berkuasa Filipina percaya, Abu Sayyaf merupakan dalang kes tersebut selepas beberapa insiden penculikan lain sebelum ini.

Awak awak kapal pukat tunda tersebut kemudian yang dikenal pasti sebagai Abdurahim Summas, Tayudin Anjut, Mohammad Ridzuan Ismael, Mohammad Jumadil Rahim dan Fandy Bakran.

Polis Nasional Filipina (PNP) yang dipetik Agensi berkata, kumpulan Abu Sayyaf mensasarkan rakyat Malaysia dan Indonesia kerana mangsa boleh membayar wang tebusan.

Dureza berkata, pemimpin Barisan Hadapan Pembebasan Moro (MNLF), Nur Misuari memaklumkan kepada pihak berkuasa, bahawa beliau bersedia membantu memburu Abu Sayyaf — kumpulan serpihan MNLF  yang ditubuhkan Abdurajak Janjalani pada 1990-an. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru