Monday, November 28, 2022

Bencana alam seperti banjir adalah kuasa Allah, kata Naib Presiden Pas

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Pas Idris Ahmad berkata, bencana alam seperti banjir, ribut, tsunami, gempa bumi, kebakaran, dan kemarau adalah kuasa Allah.

“Manusia boleh merancang, tetapi ilmu Allah lebih hebat daripada ilmu manusia,” katanya dalam satu kenyataan.

Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, Allah tidak melarang manusia merancang untuk menghadapi bencana berkenaan.

Idris Ahmad pas_0000Katanya: “Jika berlaku juga adalah hikmah yang tersurat dan tersirat.”

“Sebelum ini negara dilanda dengan kemarau panjang dan panas terik. Hari ini sudah mula hujan. Sesetengah daerah di Pulau Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur banjir,” tambahnya.

Hujan lebat sejak pagi kelmarin menyebabkan beberapa kawasan rendah di Pulau Pinang termasuk Bayan Lepas, Batu Maung, Relau dan Teluk Bahang serta Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dilanda banjir.

“Kita simpati dan berdoa agar mereka bersabar atas apa yang menimpa,” katanya.

Dengan sinis beliau berkata: “Cuma pesanan saya jangan pula apabila banjir di Kelantan ada orang angkuh menuduh Kelantan tidak pandai uruskan banjir. Seolah-olah macam tidak ada kerajaan.”

Katanya, itulah tuduhan angkuh kepada Kelantan ketika banjir pada penghujung tahun 2014. Marah kepada PAS, jangan lupa ini semua kerja Allah SWT.

“Orang angkuh selalunya Allah balas secara “cash” untuk menyedarkan diri dan supaya jangan celopar dan angkuh. Sifat angkuh semua agama dan bangsa tidak boleh terima,”katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru