Friday, September 30, 2022

SUKMA XVIII buka tirai saingan hari ini

Secara Rawak

Sukan Malaysia (SUKMA XVIII) di Sarawak membuka tirai pagi ini dengan beberapa acara mula dipertandingkan.

Dijangkakan sekitar jam 10 pagi ini, acara taekwondo akan menghasilkan emas paling awal menerusi acara poomsae lelaki, perempuan selain berpasangan campuran, di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching

Turut membuka gelanggang ialah acara gimnastik berirama yang berlangsung di Stadium Tertutup MBKS, Pending.

Pertandingan hari ini akan menyaksikan acara berpasukan untuk disiplin tali, gelung , bola dan belantan diadakan bermula jam 11 pagi.

Sementara itu acara bolasepak pula akan menyaksikan tiga aksi peringkat kumpulan bermula jam 4.15 petang.

Johor akan bertemu Perlis di Padang D, Perbadanan Stadium Sarawak di Petra Jaya, Melaka berhadapan Selangor di Stadium Unimas, Kota Samarahan manakala Kedah akan melayan Pahang di Stadium Negeri pada jam 8.15 malam.

Di Stadium Bandaraya Miri, sebanyak lima emas akan menjadi pertaruhan untuk sukan karate.

Antara acara yang menawarkan pingat ini termasuklah Kata individu lelaki, Kata individu wanita dan kumite lelaki +85kg.

Turut mempertaruh emas adalah acara kumite lelaki – 55kg dan kumite wanita -45 kg. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru