Monday, December 5, 2022

Konsert Selena Gomez: Rakyat Malaysia mampu berfikir, kata Pemuda DAP kepada Pemuda Pas

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Setiausaha Eksekutif Pemuda DAP  menempelak Pemuda Pas yang membantah penganjuran kosert penyanyi Selena Gomez dengan mengatakan  bahawa  pergi ke konsert tidak akan menjejaskan kepercayaan keagamaan seseorang.

Muhammad Shakir Ameer berkata, Pemuda PAS perlu mengakui rakyat Malaysia mampu berfikir dan menilai diri sendiri dalam sebarang bentuk hiburan.

“Seseorang tidak akan hilang kepercayaan keagamaan hanya dengan menghadiri konsert,” katanya dalam  satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sayap pemuda parti Islam itu tidak perlu mencampuri  kehidupan peribadi rakyat Malaysia.

“Tidak ada keperluan untuk Pemuda PAS campur tangan dalam hal peribadi rakyat Malaysia. Dan perlu menghormatinya,” ujar beliau.

Konsert ‘Selena Gomez The Revival Tour’  dijadualkan berlangsung  Isnin depan di Stadium Malawati, Shah Alam.

Pemuda PAS  Hafez Sabri dalam satu kenyataaan semalam menzahirkan bantahan terhadap penganjuran konsert  Selena Gomez yang didakwa  mencemarkan kemuliaan Syawal.

“Kemunculan artis kelahiran Amerika yang sinonim dengan penampilan seksi itu dianggap mencemarkan kemuliaan Syawal yang masih diraikan dengan penuh kesyukuran dan keinsafan oleh umat Islam.

“Kedatangan Selena Gomez dianggap menghidupkan budaya hedonisme dalam kalangan generasi muda di negara ini,” ujar Hafez dalam kenyataan itu. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru