Sunday, August 14, 2022

Fokus benam JDTII, balasan tumpas kepada Kedah dan Pahang

Secara Rawak

“Ia bagaikan malam serba tidak menjadi”, kata pengendali skuad Ngap Sayot, David Usop susulan kekalahan pasukannya 2-0 di tangan skuad Tok Gajah dalam aksi Liga Super di Stadium Darulmakmur malam Ahad lalu.

Menurutnya, anak-anak buahnya telah membuat sedaya mungkin termasuk melancarkan serangan bertali arus, namun ketumpulan sentuhan penyudah menyebabkan mereka pulang dengan berputih mata.

“Tiada alasan letih kerana mereka telah menunjukkan aksi bertahan dan penguasaan tengah yang baik.

“Hanya kekurangan pada malam itu ialah tiada sentuhan yang menjadi ke arah gol. Dalam bolasepak, gol adalah penting dan penentu segalanya, biarpun secantik mana kita bermain,” katanya ketika dihubungi semalam.

David berkata, sebelum permainan pasukannya optimis untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata di gelanggang lawan.

“Harapan itu masih wujud biarpun kita ketinggalan satu gol, namun usaha yang dilakukan selepas itu rupanya masih belum cukup kuat untuk menggegarkan jaring lawan.

Jika kita berjaya mencuri satu gol sahaja, corak permainan akan berubah,” katanya.

David bagaimanapun memuji komitmen para pemainnya yang tidak mengenal penat lelah sentiasa memburu gol penyamaan.

Dalam perlawanan tersebut, Sarawak dihukum P. Vranjican, apabila meledakkan dua gol ke dalam gawang Sarawak pada minit ke-37 dan ke-74 perlawanan.

Kekalahan itu bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan Sarawak di tangga kesembilan Liga Super di hadapan Pahang FC.

Sarawak bertandang ke Johor Bharu hari ini untuk perlawanan kedua Piala Malaysia menentang JDT II yang dijadualkan malam ini.

Menjelas aksi ini, David menuntut aksi lebih semangat anak-anak buahnya untuk membawa bekal selesa di gelanggang sendiri kelak.

Dalam aksi pertama menentang Kedah, Sarawak tumpas 4-3, biarpun dua kali mendahului saingan.

“Saya berharap mereka tidak akan mengulangi kesilapan serupa,” katanya lagi. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru