Friday, August 19, 2022

Penumpang seludup 10 ekor ular ke dalam pesawat

Secara Rawak

JAKARTA: Salah seorang calon penumpang pesawat Garuda Indonesia GA 980 ke Jeddah dari sini  hendak menyeludup 10 ekor ular ke dalam pesawat bagi tujuan perniagaan di Arab Saudi, Sabtu.

Ular berkenaan  dililitkannya  di pergelangan kakinya di dalam seluarnya sebelum dia sempat menaiki pesawat  melalui  Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di sini.

Penumpang Bawa Ular

Media-media tempatan memetik Naib Presiden Komunikasi Korporat Garuda Benny Butarbutar berkata 10 ekor ular dikesan ketika penumpang terbabit, Koufiah Jihad Zaki melewati pemeriksaan di mesin x-ray Terminal 2 Lapangan Terbang Soekarno Hatta.

“Yang bersangkutan  ketangkap dengan cepat saat masuk pemeriksaan x-ray tahap masuk ke bandara,” kata Benny seperti dipetik  Kompas.com.

Benny menegaskan bahawa haiwan merupakan salah satu bawaan yang tidak boleh dibawa ke kabin.

“Yang jelas aturan penerbangan internasional benda-benda seperti itu tidak diperbolehkan masuk kabin. Kalau di kargo pun harus dengan syarat-syarat tertentu,” katanya.

Benny berkata penumpang terbabit melakukan kesalahan serius kerana membahayakan penerbangan. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru