Sunday, September 25, 2022

Jika Umno hilang kuasa, Pas paling layak memimpin negara, kata Profesor

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Profesor Ridhuan Tee Abdullah berkata, sekiranya Umno hilang kuasa, parti yang layak dan boleh diharap untuk menjaga negara ialah Pas, dan bukannya Amanah atau Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Ditakdirkan Umno hilang kuasa, parti mana lagi boleh diharapkan untuk menjaga negara bertuah ini jika bukan Pas. Nak harapkan Amanah dan PKR?,” katanya.

Felo Utama, INSPIRE dan pensyarah PPI UnisZA itu mendakwa Amanah dan PKR merupakan kuda tunggangan ultra kiasu.

Katanya: “Ultra kiasu adalah DAP, MCA, Gerakan, MIC dan mereka yang menentang agenda Islam.”

Katanya, pilihan hari ini ialah Pas walaupun Pas dikatakan berseorangan, tidak akan menang dalam PRU akan datang kerana keluar daripada Pakatan, tetapi Pas mempunyai prinsip.

Pendakwah bebas yang sering mengundang kontroversi dan berterus terang dalam komennya berkata, beliau  berasa sangat pelik, mengapa Umno masih tidak menyedari  bahawa MCA, Gerakan, MIC dan parti komponen yang menentang Islam lain, sebenar bergantung kekuatan kepada Umno dan orang Melayu.

“Jika orang Melayu tidak mengundi mereka, sudah lama parti-parti ini bungkus. Kita terus melantik mereka menjadi menteri, memberi ruang dan peluang begitu luas. Sedangkan mereka tidak pernah mengundi kita,” tambahnya dalam kolum Sinar Harian, hari ini.

“Bukan tidak ada pilihan. Ada. Lantiklah Cina, India atau Bumiputera bukan Islam, atau zimmi, yang baik-baik menjadi menteri dan ahli Kabinet. Masih ramai.

Meskipun mereka bukan daripada kalangan parti politik. Ini tidak, sudah tahu mereka menjadi beban dan masalah, malangnya terus dilantik dan dinaikkan pangkat. Apa erti semua ini?,” katanya.

Sambil menyeru supaya Umno dan Pas mesti berpolitik secara matang, beliau berharap agar kedua-dua parti itu dapat bersatu sama ada secara senyap ataupun terang, seperti yang dilakukan oleh parti politik ultra kiasu ini DAP, MCA, Gerakan, SUPP dan lain-lain.

“Semua mereka ini bersatu dalam NGO yang bernama, Hua Zongatau Dong Jiao Zong. NGO inilah yang paling berpengaruh,” katanya.

Katanya: “Umno akan keseorangan nanti jika tidak bersama Pas, kerana dalam BN, hanya Umno sahaja parti yang mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam. Parti lain hanya menjaga perut mereka.

Sampai bila Umno akan terus menjadi kuat jika terus diasak kiri kanan depan belakang?”

Beliau menyatakan keyakinannya jika Umno dan Pas berpolitik secara matang, kerusi luar bandar semuanya akan menjadi milik mereka.

“Kerusi bandar, seperti biasa menjadi milik ultra kiasu. Kita masih boleh menang. Apatah lagi dengan sokongan Raja-Raja Melayu. Bila menang, jalankan pemerintahan secara adil, lantiklah zimmi Cina, India dan Bumiputera yang boleh diharap, seperti Helen Ang dan Lim Sian See, menjaga kepentingan rakyat,” katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru