Saturday, December 3, 2022

13 Bahagian UMNO Sabah keluar parti?

Secara Rawak

KOTA KINABALU: Sebanyak 13 Bahagian Umno Sabah didakwa akan meninggalkan parti itu dalam waktu terdekat.

Ahli Jawatankuasa Umno Kota Belud, Joseph P Andau dalam satu kenyataan seperti dilapor Malaysia Dateline berkata, Umno Sabah sedang kucar-kacir ekoran pemecatan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Naib Presiden parti tersebut.

“Selebihnya (12 Bahagian Umno Sabah) adalah mereka orang kesetiaan Musa Aman (Pengerusi Umno Sabah juga Ketua Menteri Sabah) dan Najib Razak,” ujarnya.

“Jika adapun, pemimpin-pemimpin Umno di Sabah hanya layak digelar pemimpin ‘sontoloyo gatel pak loso’ (bebal dan pak turut). Mereka hanya pandai membodek mengampu dan angkat kaki si Najib itu saja kebolehan mereka yang ada.

Bukan sahaja Umno, Joesph turut memberitahu Parti Bersatu Sabah (PBS) UPKO-PBRS juga dijangka meninggalkan BN kerana dikatakan akan menyertai DAP, PKR dan Amanah pada Pilihan Raya Umum ke-14 untuk membantu menumbangkan Umno-BN di Sabah.

“Sementara suku-suku bangsa Bajau-Suluk-Cina Kadazan-Dusun dan Murut akan bangkit menolak Umno-BN daripada terus menjadi kerajaan yang bersifat kuku besi dan diktator,” tambahnya lagi.

Tetapi persoalannya, benarkah pengaruh   Shafie begitu hebat atau beliau tidak lebih sebagai jaguh kampung, hanya punya pengaruh keluarga di kawasan Parlimennya di Semporna?

Mampukah beliau menggerakkan seluruh sokongan untuk memperkuat kedudukannya dan pembangkang di Sabah?

Banyak pihak meragui beliau dapat melakukannya, dan pasti tidak akan dapat melawan pengaruh Joseph Pairin Kitingan pada pertengahan 1980-an ketika Pairin menentang BN. Akhirnya, parti pimpinan beliau mampu menumbangkan BN.

Hakikatnya, parti pembangkang di Sabah kini berpecah belah dan lemah, dan hanya satu rahsia ia dapat menewaskan BN. Kalahkan UMNO.

Mampukan Shafie mempengaruhi “warlords” UMNO beragama Islam untuk menyokong perjuangannya? Ini tidak akan mungkin dapat dilakukannya, tanpa niat untuk memperkecil Shafie.

Setakat ini belum terdapat pemimpin pembangkang Islam yang boleh dikatakan memiliki wibawa. Shafie bukan pemimpin yang berwibawa.

Memang tidak dinafikan, Shafie punya pengaruh dan simpati penyokong akar umbi di Semporna, Lahad Datuk dan Kunak, iaitu di Timur Sabah.

Shafie tidak punya pengaruh kuat di Barat Sabah.  Shafie tidak boleh lawan pengaruh Harris Salleh atau Mustapa Harun atau Pairin.

Beliau tidak boleh mengatasi pengaruh Abdul Rahman Dahlan dan Salleh Said Keruak.

Kata seorang penganalisis politik di Sabah, kalau Shafie benar-benar hendak mendapat sokongan, satu daripada strategi ialah dengan memainkan sentimen etnik Bajau dan Suluk.

Selain itu, beliau perlu juga mendapat sokongan dapada masyarakat Kadazandusun dan Murut (KDM).

Memang Shafie punya keluarga besar di kawasannya, apatah lagi dengan pengaruh Sankaran Dandai tidak dapat diperkecil.

Kerusi Parlimen Semporna yang diwakili Shafie terdiri daripada tiga DUN, iaitu Bugaya, Senallang, dan Sulabayan.

Namun, apakah maknanya apabila anak Sakaran, Adun Senallang, masih lagi dengan UMNO?

Mengapakah adiknya Datuk Mohd Yusof, Adun Lahad Datu masih setia kepada UMNO?

Maknanya, Shafie akan terus berada dalam belantara politik, dan berita bahawa 13 Bahagian UMNO akan keluar, adalah diragui. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru