Wednesday, December 7, 2022

YB Pas setuju gencatan senjata pertahankan Selangor

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Wakil rakyat Pas Selangor bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden,  Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa parti pembangkang perlu menumpukan usaha menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan bukannya bertelagah sesama sendiri.

“Parti-parti politik problok pembangkang berhenti menyerang antara satu sama lain dan menghalakan serangan terhadap Umno dan BN Selangor,” kata kenyataan bersama wakil rakyat terbabit.

Tiga belas Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Pas Selangor melalui kenyataan itu berkata, pihaknya berpendirian agar pendekatan atas nama ‘pakatan pembangkang’ dicari untuk mempertahankan kemenangan di Selangor.

Pakatan pembangkang telah berjaya menumbangkan BN pada 2008.

Mereka berpendirian, pendekatan terbaik perlu dicari memastikan berlaku perlawanan  satu lawan satu menentang BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Bagai belajar daripada pengalaman pahit dalam pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar, mereka sedar bahawa pertelagahan sesama sendiri hanya menguntungkan BN.

Pada pilihan raya itu Pas dan parti serpihannya, Amanah berlawan sesama sendiri sambil menentang BN yang akhirnya menyaksikan calon BN menang dengan majoriti undi berlipat kali ganda berbanding yang dicapai pada 2013.

Beberapa hari lalu, Tuan Ibrahim mengajak parti pembangkang melakukan gencatan senjata dengan menghalakan senjata ke arah musuh sebenar, iaitu BN dan bukannya berlawan sesama sendiri.

Kenyataan beliau mendapat komen positif daripada pelbagai pihak. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru