Monday, August 8, 2022

Seluruh dunia gilakan Pokemon Go!

Secara Rawak

CALIFORNIA: Terkini, berdasarkan watak dari komik dan animasi Pokemon, ditampilkan Pokemon Go, permainan online “augmented reality” yang mengasyikkan menggunakan telefon pintar.

Pokemon pernah popular pada 1990-an bersama munculnya Nintendo Game Boy.

Kini, aplikasi Pokemon Go menjadi permainan nombor satu dunia mengalahkan Candy Crush dan Snapchat.

Pokemon Go boleh dimuat naik di Barat dan Eropah secara percuma menerusi Android atau telefon pintar Apple.

Perisian ini, baru memasuki sebahagian Timur Tengah dan Asia Pasifik.

Menurut Reuters, Pokemon Go dikatakan bersaing rapat dengan Twitter.

Bahkan, Pokemon Go dimainkan purata 43 minit sehari, lebih besar berbanding aplikasi WhatsApp atau Instagram.

Setelah seminggu dilancarkan di AS, Pokemon Go mempunyai 10 juta pengguna di perangkat Android.

Berdasarakan Google Play Store, Trainer (sebutan untuk pemain Pokemon Go) telah memuat turun aplikasi tersebut antara 10 dan 50 juta kali.

Dengan kata lain, Pokemon Go menduduki tangga teratas bagi aplikasi dengan label Top Free, Top New Free, Top Grossing dan Trending.

Selepas aplikasi Pokemon Go menjadi aplikasi paling laris di iTunes toko Apple Inc Amerika, saham syarikat pengeluarnya, Nintendo mencanak 36 peratus sejak ditutup akhir minggu lalu.

Nintendo untung sehingga AS$7.5 bilion dalam dua hari.

Menurut analisis App Annie, ‘Pokemon Go’ dijangka dijual AS$1 bilion setahun dari in-app purchase.

Mahu bermain Pokemon Go!

Muat turun aplikasi di android atau iOS Apple.

Dengan menggunakan GPS (Sistem Pemosisi Global), pemain berjalan-jalan di dunia nyata untuk menangkap raksasa virtual seperti Pikachu, Jigglypuff dan sebagainya untuk dilatih bagi tujuan bertarung di Gym.

Tekan ikon PokeStop yang digambarkan pada peta dan tekan butang untuk mendedahkan gambar lokasi dunia sebenar yang anda sedang berdiri.

Kemudian Spin imej untuk mendapatkan bekalan seperti bola untuk menangkap makhluk animasi.

Bergerak ke peringkat seterusnya dengan melawat PokeStops dan mengutip Pokemon.

Kumpul Pokemon sambil berjalan dan teliti peta telefon pintar untuk mencari makhluk animasi itu.

Apabila imej Pokemon muncul pada skrin, tekan pada imej tersebut. Kemudian tukar ke mod kamera.

Imbas persekitaran melalui kamera telefon pintar untuk melihat Pokemon. Pegang jari pada ikon Pokeball di bahagian bawah skrin telefon pintar.

Kemudian leret jari untuk melemparkan Pokeball pada Pokemon. Kutip Pokemon untuk dibawa ke gelanggang perlawanan seterusnya.

Istilah dalam permainan Pokemon Go:

Pokemon: pocket monster (raksasa saku).
Pokestop: tempat penting.
Pokeball: persediaan melempar untuk menangkap Pokemon bagi tujuan dilatih.
Gym: lokasi Pokemon bertarung satu sama lain.
Pikachu: Pokemon paling terkenal dan menjadi ikon dalam budaya Jepun.

Sebelum anda menjadi salah seorang pemain Pokemon Go yang obses bagi kawasan Asia Tenggara yang dilancarkan tidak lama lagi, ambil teladan daripada kesan buruk permainan ini terhadap mangsanya di Barat dan Eropah! – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru