Wednesday, December 7, 2022

Pakatan Harapan kecam keras rampasan kuasa di Turki

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan  mengecam keras rampasan kuasa oleh tentera di Turki awal pagi semalam.

Sambil melahirkan rasa terkejut terhadap cubaan tindakan ketenteraan untuk merampas kuasa di Turki disifatkannya  membelakangi proses demokratik dan suara rakyat Turki.

“Sebarang percubaan untuk menukarkan kerajaan Turki perlulah dengan cara aman, berperlembagaan, demokratik dan sebarang percubaan menukar kerajaan melalui campur tangan kuasa tentera perlulah ditentang,” kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Mereka berkata demikian  dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan di sini, semalam.

Kenyataan itu menambah: “Percubaan oleh puak tentera adalah satu tamparan besar kepada dunia demokrasi dan Islam, dan merupakan cubaan terang-terangan untuk melemahkan kehendak rakyat Turki.”

“Cubaan rampasan kuasa tentera ini mesti dihentikan, dan semua pihak mesti segera bertenang,” kata kenyataan itu lagi.

“Kami mendoakan keselamatan rakyat Turki yang kini berhimpun di jalan raya bagi menyatakan sokongan terhadap demokrasi,” kata mereka. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru