Tuesday, May 11, 2021

Selesaikan pertikaian di Laut China Selatan secara aman, kata DAP

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, parti itu percaya bahawa sebarang pertikaian di Laut China Selatan perlu diselesaikan secara aman antara semua negara berkaitan melalui saluran diplomatik serta harus merujuk kepada undang-undang antarabangsa.

Anthony Loke“DAP telah dan akan terus memberi sepenuh komitmen bagi mempertahankan kedaulatan dan hak wilayah Malaysia, termasuk zon 200 batu nautika yang merupakan kawasan EEZ,” katanya dalam satu kenyataan.

Pertindihan tuntutan terhadap kawasan berkenaan turut membabitkan Malaysia, Vietnam, Filipina, dan Brunei.

Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, Wisma Putra perlu memberi penjelasan kepada rakyat tentang kesan keputusan Mahkamah Tetap Timbang Tara di The Hague, Belanda pada Selasa lepas berhubung pertikaian maritim antara Filipina dengan China di Laut China Selatan.

Katanya, DAP turut menyokong usaha berterusan Wisma Putra  menggesa pelaksanaan Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan antara China dengan negara-negara ASEAN.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan juga perlu menerangkan langkah-langkah yang akan diambil bagi melindungi integriti dan keselamatan zon ekonomi eksklusif (EEZ) negara di perairan yang strategik itu.

“Kami maklum terhadap penyerahan nota oleh kerajaan Malaysia kepada Mahkamah Tetap Timbang Tara yang meminta tribunal itu ‘mengambil kira hak-hak Malaysia’ dalam keputusannya.

Selasa lalu, Mahkamah Timbang Tara Tetap memutuskan  China tidak mempunyai hak tuntutan berdasarkan sejarah terhadap kawasan perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan.

Negara kuasa besar dengan penduduk 1.3 bilion itu menuntut hampir seluruh perairan kaya sumber asli itu yang menjadi laluan kapal dengan nilai dagangan sekitar AS$5 trilion setahun.

Kementerian Luar China menolak keputusan itu atas alasan rakyatnya mempunyai sejarah 2,000 tahun di Laut China Selatan. – Sarawakvoice.com

Secara Rawak

Artikel Terbaru