Wednesday, June 29, 2022

Pendeta tertinggi Buddha Myanmar cemuh pelampau Ma Ba Tha bunuh penganut Islam

Secara Rawak

NAYPYIDAW: Para pendeta tertinggi di Myanmar memutuskan hubungan dengan gerakan kumpulan pengganas dan pelampau Buddha, Ma Ba Tha.

Pelampau Ma Ba Tha bertanggungjawab ke atas sentimen anti-Islam yang melakukan keganasan terhadap kumpulan minoriti di Myanmar.

Ma Ba Tha terbentuk tiga tahun lalu pernah mendakwa bahawa mereka berdiri di bawah peraturan Sangha Maha Nayara.

Bagaimanapun, Sangha melalui kenyataan pada Selasa lepas menafikan terlibat dengan pelampaun berkenaan.

“Organisasi Ma Ba Tha tidak masuk dalam peraturan dasar, prosedur… dan perintah organisasi Sangha,” lapor Asian Correspondent pada Khamis memetik kenyataan jawatankuasa Sangha.

“Bermula pertemuan kemuncak Sangha 1980 sehingga pertemuan kelima 2014, tidak ada pertemuan dengan Ma Ba Tha, dan tidak wujud istilah Ma Ba Tha,” tambah kenyataan tersebut.

Menurut Myanmar Times, hanya ada satu organisasi Sangha yang terdiri daripada semua order Buddha di Myanmar.

Jawatankuasa Sangha mengatakan ada sembilan order Buddha di Myanmar yang menghapuskan pembentukan order Buddha lainnya.

“Hal ini untuk menjelaskan kekeliruan awam bahawa Ma Ba Tha bukan organisasi Buddha yang dibentuk dengan peraturan dasar Sangha,” tambah kenyataan tersebut.

Jawatankuasa Sangha merancang mengumumkan peraturan yang melarang anggotanya terlibat dalam pergerakan pengganas Ma Ba Tha. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru