KOTA KINABALU: Setiausaha Pertahanan Filipina Delfin Lorenzana berkata, kegiatan penculikan di Selatan Filipina semakin teruk, justeru pihak berkuasa perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah itu.

Delfin Lorenzana_0000Sehubungan itu, Lorenzana  akan bertemu dengan rakan sekerja dari Malaysia dan Indonesia bagi menyelesaikan masalah penculikan yang dilakukan oleh kumpulan pengganas Abu Sayyaf, lapor Manila Times.

Katanya, perbincangan tentang isu berkenaan merupakan lanjutan daripada langkah sama dilakukan oleh penyandang jawatan berkenaan sebelum beliau, Voltaire Gazmin dengan  Menteri Pertahanan Malaysia dan Indonesia.

Mengulas lanjut, Lorenzana berkata beliau pernah turut terbabit dalam perbincangan berkenaan, tetapi enggan mendedahkan butir-butir lanjut kerana ia lebih bersifat operasi.  

“Saya tak boleh memberitahu anda apa yang akan kami lakukan di kawasan Selatan, dalam mengawal perahu, dan kami akan mengawal lanun, penculik daripada menculik anak kapal,”” katanya merujuk kepada  operasi di Mindanao.

“Kami sedang melakukan sesuatu, dan berharap dalam beberapa minggu lagi, kami akan dapat berbincang lagi,” katanya kepada akhbar itu.

Rakyat Malaysia sering menjadi mangsa penculikan kumpulan Abu Sayyaf yang melakukan kegiatan itu untuk mendapatkan wang tebusan.

Baru-baru ini, tiga orang anak kapal warga Indonesia yang bekerja dengan kapal milik syarikat Malaysia, turut diculik.

Penculik dikatakan telah meghubungi keluarga mangsa menuntut wang tebusan. – Sarawakvoice.com