Wednesday, June 29, 2022

77  mati  dirempuh trak di Paris malam tadi

Secara Rawak

PARIS:   Sebuah trak merempuh orang ramai yang meraikan Hari  Bastille  di kota Nice, selatan Paris malam tadi mengorbankan sekurang-murangnya 77 orang, dan mencederakan ramai lagi.

Ketika orang ramai menyaksikan pertunjukan bunga api,  trak berkenaan merempuh dan menggilis tubuh penonton yang bernasib malang.

Kenderaan itu dikatakan dimuatkan dengan senjata meskipun pihak berkuasa tidak segera mengklasifikasikannya sebagai keganasan.

Pemandunya ditembak mati oleh polis.

Kejadian ini berlaku ketika Paris hendak menarik balik keadaan darurat pada 26 Julai ini.

Keadaan menjadi huru-hara apabila orang ramai lari ke pelbagai arah cuba menyelamatrkan diri, termasuk ke pantai.

Paris berdepan dengan ancaman keganasan dan kejadian  keganasan pada November lalu masih segar dalam ingatan.

Beberapa jam kemudian, kawasan terbabit bergelimpangan dengan mayat, sementara kerajaan melakukan siasatan sama ada kejadian itu berupa satu tindakan teroris.


Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru