Friday, August 19, 2022

Timbalan Pengarah tercekik asam paya bersara

Secara Rawak

KABONG: Selepas berkhidmat selama 28 tahun dalam dunia pendidikan dengan 26 tahun sebagai warga Institut Perguruan Rajang (IPR) Kampus Bintangor , Timbalan Pengarah IPRK Rajang Bintangor, Wan Mohd Madihi Wan Ali bersara wajib semalam.

Nama beliau baru-baru ini menjadi buah mulut warga IPGK Rajang Bintangor gara-gara kisahnya tercekik biji asam paya dan kisah itu hangat tersiar di Sarawak Voice.

Kisah itu juga antara menjadi lakaran sejarah penting sepanjang beliau bergelumang dengan dunia pendidikan sejak 28 tahun lalu.

Wan Madihi,60, mula berkhidmat di IPG Rajang pada 20 Oktober 1990 sebaik berpindah dari dari SMK Tun Abang Haji Openg Kuching.

Sejarah penglibatan Wan Madihi dalam dunia pendidikan bermula pada tahun 1978 dengan menjadi guru di SMK Shaikh Haji Othman Wahab (SHOAW) Matang Kuching.

Pada tahun 1985 beliau memegang jawatan sebagai Penolong Kanan di SMK SHOW Matang. Kemudiannya pada tahun 1986 beliau menjadi Pengetua di SMK SMK GEDONG. Dan pada tahun 1987 menjadi Pengetua SMKA Matang 2.

Beliau turut menjadi Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPG pada1997 dan kemudiannya pada 2011 beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah IPG Kampus Rajang Bintangor.

Beliau dikurniakan enam orang cahaya mata. Anak perempuan tunggalnya kini bertugas sebagai guru.Manakala lima anak lelaki nya kini telah bekerjaya kecuali seorang masih belajar.

Anak lelaki sulung beliau kini bertugas sebagai pegawai trafik Mas Wing, yang kedua sebagai pegawai teknologi maklumat ( IT ) , yang ketiga sebagai Profesional Aircraft Technician, yang keempat sebagai Professional Aircraft Engineer dan yang kelima kini masih belajar dalam tingkatan empat.

Sebaik bersara daripada jabatan kerajaan Wan Madihi kini berhasrat untuk menyumbang khidmat kemasyarakatan serta kebajikan sosial kepada masyarakat setempat .

Beliau kini juga sedang berjinak-jinak dalam bidang pertanian dan perladangan dengan mengusahakan tanaman nanas dan kelapa sawit.

Selain itu beliau juga masih terlibat sebagai pensyarah sambilan dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM), AeU dan UUM, serta merupakan rakan Kongsi Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak.

Antara anugerah dan pingat yang beliau terima adalah:
1. PPS – Pingat Perkhidmatan
Setia
2. PPB- Pingat Perkihdamatan
Bakti
3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC ) 1996
4. APC 2007
5. APC 2015
6. Anugerah Penulis Skrip
Drama Piala Ketua Menteri.
7. Pengarah Drama Terbaik
Piala Ketua Menteri.
8. Pengerusi Round Table Early Childhood Education.
9. Penyelaras Seminar Prasekolah Kebangsaan.
10. Penyelaras Kepemimpinan Instruksional.

Majlis meraikan persaraan Wan Madihi dilangsungkan di IPG Kampus Rajang Bintangor dengan dihadiri oleh Pengarah IPGKR Bintangor, Dr. Lambat Lidong.

Wan Madihi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua warga IPGRK Bintangor atas kerjasama sepanjang beliau berkhidmat di situ. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru