Monday, August 8, 2022

Tiga kanak-kanak hilang di hutan Gita Kubur, ditemui selamat di rumah nenek di Tabuan Melayu jam 1.30 pagi tadi

Secara Rawak

KUCHING: Misteri kehilangan tiga kanak-kanak sejak petang semalam terjawab apabila kanak-kanak tersebut ditemui selamat bersama-sama dengan neneknya di Kampung Tabuan Melayu, dekat sini awal pagi tadi.

Sebelum itu, kehilangan tiga kanak-kanak ini mengundang kehadiran orang ramai ke lokasi terakhir mereka dilihat berhampiran hutan, setelah berita mengenainya viral di dalam media sosial.

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kehilangan tiga kanak-kanak yang berusia di antara lapan ke 10 tahun itu sekitar jam 11.12 malam.

“Sebuah jentera dengan kekuatan sembilan anggota kemudian dikejarkan ke lokasi di Kampung Gita Kubur, Petra Jaya.

“Proses mencari dan menyelamat kemudian digerakkan dengan meliputi kawasan seluas 500 meter persegi, yang turut melibatkan 10 penduduk kampung.

Bagaimanapun sekitar jam 1.40 pagi, pasukan penyelamat telah dimaklumkan bahawa kesemua mangsa telah ditemui selamat bersama-sama neneknya di Kampung Tabuan Melayu. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru