Wednesday, June 29, 2022

Pemuda Amanah kecewa dengan pencemaran di kawasan tadahan air

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pemuda Amanah Negeri Johor melahirkan rasa kecewa terhadap isu pencemaran Amonia di kawasan tadahan air Negeri Johor yang dilaporkan berlaku semalam.

11217569_10153528434454376_8486302335701665441_nKetuanya Mahadzir  Mat Zili berkata, sepatutnya pihak berwajib seperti Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor perlu memantau dengan lebih serius aktiviti perlepasan sisa industri daripada kilang terbabit.

Ini, katanya, adalah bagi mengelakkan mereka melanggar peruntukan undang-undang yang telah termaktub di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Ini bukanlah kali pertama berlakunya pencemaran Ammonia di kawasan tadahan air di Negeri Johor.

Pada tahun lalu, kes yang sama pernah direkodkan di Segamat.

Katanya, pencemaran Amonia yang tinggi di kawasan tadahan air di Negeri Johor ini mungkin berpunca daripada perlepasan sisa industri secara tidak terkawal daripada kilang kelapa sawit yang wujud sepanjang kawasan tadahan air tersebut.

“Tindakan undang-undang perlu dikenakan kepada pemilik kilang sekiranya secara jelas mereka telah melanggar undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, Pemuda Amanah Negeri Johor berharap pihak Kerajaan Negeri Johor seharusnya mewartakan kawasan tadahan air di negeri itu sebagai zon yang bebas daripda sebarang aktiviti industri.

Katanya: “Tindakan ini sejajar untuk memastikan kawasan tadahan air sentiasa terjaga dan tidak tercemar.”

Beliau berkata, kawal selia terhadap kawasan tadahan air di Negeri Johor ini juga perlu diperkemaskan.

“Peranan dan fungsi Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ) juga perlu dilihat semula oleh Kerajaan Negeri Johor bagi memastikan pengurusan sumber kawasan tadahan dan laluan air mentah ke pusat rawatan air di negeri ini  dapat diperkemaskan,” tambahnya.

Pemuda Amanah Negeri Johor juga mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri Johor supaya mengemas kini teknologi yang digunakan dalam menguruskan kawasan tadahan air di negeri ini.

“Pengunaan teknologi terkini perlu dilihat secara lebih serius oleh Kerajaan Negeri Johor supaya air yang tercemar dengan kandungan Amonia yang tinggi cepat dirawat dan selamat digunakan oleh rakyat,” tambahnya.

Johor mempunyai 13 kawasan tadahan air seluas lebih kurang 409 km persegi menjadi sumber air yang diwarta. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru