Wednesday, June 29, 2022

Nasib Rohingya tuntut pembelaan pemimpin Islam Asean

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata,  sudah sampai masanya seorang pemimpin beragama Islam negara Asean menjadi ketua dan menerajui gerakan menyelamatkan umat Islam Rohingya.

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah_0000Menurutnya, pemimpin berkenaan perlu bersuara lebih lantang lagi tentang isu penderitaan Muslim Rohingya di Myanmar.

Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah itu berkata, masalah Muslim Rohingya bukan hanya masalah Myanmar, tetapi masalah dunia umat Islam yang bersaudara yang memerlukan perhatian dan tindakan saudara sesama Islam serantau.

“Dengan menunjukkan solidariti yang padu serta semangat persaudaraan Islam, mudah-mudahan ia akan membawa kesan yang diharapkan untuk menyelesaikan kemelut yang sudah lama belarutan,” katanya dalam satu kenyataan.

“Marilah kita bersama menyahut cabaran yang memerlukan semangat dan kepimpinan secara Islam yang boleh dicontohi,” katanya.

Raja Bahrin berkata isu penderitaan Muslim Rohingya di Myanmar tidak nampak penghujungnya.

Malahan, katanya, serangan terhadap komuniti Islam serta masjid Islam Rohingya semakin banyak berlaku.

Raja Baharian  berkata, Malaysia  pernah menjuarai isu-isu sedemikian, dan disegani dunia serantau.

Namun,  katanya, dalam masa yang sama Malaysia juga mestilah menunjuk contoh dan tauladan yang baik terhadap kaum minoriti di negara ini.

“Marilah kita bersama menyahut cabaran yang memerlukan semangat dan kepimpinan secara Islam yang boleh dicontohi,” katanya

“Mudah – mudahan nasib umat Islam yang dizalimi di rantau ini terbela dan Malaysia sekali lagi akan disegani oleh dunia dan negara rantau Asia.

Beliau berkata, amat malang apabila Presiden Myanmar, Aung San Suu Kyi, berdiam diri terhadap orang Islam Rohingya di Myanmar kerana menjaga kepentingan politiknya.

Menurutnya, apabila ditanya oleh media antarabangsa baru-baru ini tentang nasib orang Islam Rohingya, Suu Kyi tidak dapat menjawab dengan jelas pendiriannya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru