Wednesday, June 29, 2022

Mangsa culik Abu Sayyaf: Keluarga warga Indonesia terbang ke Sabah

Secara Rawak

JAKARTA:  Seorang daripada ahli keluarga warga Indonesia mangsa culik Abu Sayyaf  berangkat ke Sabah, semalam.

Kerajaan Indonesia berkata ia terus berhubung dengan perusahaan Malaysia, tempat tiga anak  kapal penangkap ikan diculik.

Ketua Pengarah Perlindungan Warga Negara Indonesia, Kementerian Luar Negeri Muhammad Iqbal mengesahkan perkara itu seperti dipetik Tempo.com, semalam.

“Hari ini, salah satu pihak keluarga (diberangkatkan) ke Sabah,bertemu pemilik kapal,” katanya.

Mangsa berkenaan ialah Theodorus Kopong, Emanuel Arkiang, dan Lorens Koten yang  berasal  dari Tanjung Bunga, Flores Timur, Nusa Tenggara Timur.

Mereka diculik ketika berlayar di perairan Lahad Datu, Sabah, pada 9 Julai.

Media tempatan melaporkan bahawa tiga anak kapal pukat tunda warga Indonesia diculik oleh lima lelaki bersenjata yang berbaju hitam dan celoreng di sekitar perairan selatan Filipina berhampiran Lahad Datu, Sabah.

Pada prinsipnya, kata Iqbal, kerajaan Malaysia, termasuk syarikat kapal yang bersangkutan harus punya usaha lebih dalam penyelesaian kes itu.

“Soal tanggungjawab, kami terus komunikasi dengan mereka (perusahaan) dan terus ‘push’, memastikan mereka bertanggung jawab,” kata Iqbal.

Menteri Luar Negeri Retno Marsudi, pada Isnin lalu berkata, mangsa yang diculik itu mempunyai izin kerja sah di Malaysia.

Katanya, penculik sudah menghubungi pemilik kapal di Lahad Datu pada 10 Julai 2016.

Pada 21 Jun lalu, juga terjadi perompakan di perairan Sulu, Filipina Selatan, terhadap kapal Charles 001 berbendera Indonesia.

Dalam kejadian itu,   tujuh warga Indonesia diculik oleh dua kelompok pada waktu berbeza. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru