Tuesday, June 28, 2022

Sekali lagi orang ramai resah dan terpedaya oleh berita palsu

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:  Sekali lagi orang ramai terperdaya oleh berita palsu yang diviralkan kononnya van yang terbakar di Jalan Bunus 6, di sini, semalam berpunca akibat diletupkan walhal kejadian itu berlaku disebabkan masalah sistem dalaman van berkenaan.

“Kejadian itu adalah berpunca daripada sistem dalaman van berkenaan dan bukan akibat diletupkan seperti yang diviralkan di laman sosial, ” tegas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh bagi menafikan berita yang sengaja diviralkan.

Berita berkenaan telah menimbulkan keresahan, apatah lagi ia disertakan dengan peringatan supaya orang ramai tidak turun ke ibu kota.

“Polis memandang serius berita yang disebarkan tanpa mengetahui punca sebenar kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, van itu terbakar secara tiba-tiba ketika pemandu memandu van terbabit ke ibu negara.

“Kejadian disedari pemandu terbabit apabila mendapati bahagian enjin van itu berasap dan seterusnya menghentikan kenderaan itu di bahu jalan,” katanya.

Beliau berkata, pemandu van berkenaan sudah membuat laporan di Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee berkaitan kejadian itu.

Pada Jumaat lalu, satu berita palsu berkaitan dengan kawasan dan bangunan di ibu negara yang kononnya bakal diserang oleh IS turut disebarkan melalui media sosial sehingga polis perlu menafikannya.

Memburukkan keadaan, pada petang semalam, ahli UMNO turut memprotes di hadapan Ibu Pejabat DAP di sini sebagai tanda protes terhadap kenyataan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang dianggap menghina Islam.

Gambar van yang terbakar itu diviralkan bersama-sama gambar kejadian protes itu sehingga menimbulkan kebimbangan dan keresahan. – Sarawakvoice.com

van terbakar short circuit_0001 van terbakar short circuit_0000

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru