Wednesday, June 29, 2022

Kekang ancaman Daesh: Kabinet bincang visa pelancong Asia Barat hari ini

Secara Rawak

BAGAN DATOH: Syor supaya kerajaan mengenakan visa warga asing terhadap pelancong Asia Barat bagi mengekang ancaman militan Daesh akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

zhhTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tujuannya adalah untuk mendapatkan pandangan jemaah menteri, terutama Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Kementerian Dalam Negeri akan mengkaji cadangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara terperinci.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Hari Guru Peringkat Daerah Hilir Perak 2016 di Sekolah Menengahzh Sains Bagan Datoh di sini, semalam.

Perbincangan dijangka bertumpu kepada usaha menarik pelancong asing, tetapi pada waktu yang sama perlu memeperimbangkan aspek keselamatan.

Kata Zahid, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mempunyai matlamat untuk menarik pelancong asing dari negara Asia Barat, tetapi pada masa sama kerajaan tidak boleh berkompromi soal kawalan keselamatan negara.

Ahad lepas, Setiausaha MKN Datuk Seri Alias Ahmad mengesyorkan agar kerajaan memperkenalkan visa warga asing untuk rakyat dari negara Asia Barat bagi mengekang ancaman kumpulan militan Daesh di Malaysia.

Alias berkata setakat ini, Malaysia hanya mengenakan penggunaan visa kepada 34 daripada 201 negara terutama di benua Afrika.

Menjelas lanjut, Zahid berkata kaedah lain mungkin wajar difikirkan untuk mengekalkan atau menidakkan kemasukan pelancong dari Asia Barat tanpa menjejaskan elemen keselamatan.

“Kami akan menggunakan semua talian komunikasi untuk memantau (ancaman militan Daesh) sebelum adanya keputusan mengenai keperluan meminta pelancong asing dari Asia Barat memohon visa untuk datang ke negara ini.

“Kami mempunyai kerjasama yang erat dengan Polis Antarabangsa, Polis ASEAN serta mempunyai hubungan rapat dengan semua Jabatan Imigresen di seluruh dunia termasuk dari negara Asia Barat,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru