Wednesday, December 7, 2022

Kami tak mahu Muhyiddin gantikan Wan Azizah, kata DAP dan Amanah

Secara Rawak

PETALING JAYA: Kami tidak mahu bekas timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi ketua pembangkang.

Kami masih mahu Datu Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terus menjadi ketua pembangkang.

Itulah pendirian Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP Anthony  Loke.

Isu berkaitan kemungkinan Ahli Parlimen Pagoh itu menggantikan Wan Azizah tercetus apabila Ahli Jawatankuasa Pusat Amanah Mazlan Aliman membuat kenyataan bahawa  parti itu mahu mencadangkan Muhyiddin menjadi ketua pembangkang.

Bagaimanapun, kenyataan Mazlan dikatakan dipetik di luar konteks.

Muhyiddin dipecat Majlis Tertinggi (MT) UMNO bulan lalu, ekoran serangan berterusan beliau terhadap  presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Mengapakah Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Amanah menolak Muhyiddin?

Salahuddin berkata,  Pakatan Harapan berpuas hati dengan ketua pembangkang sedia ada.

“Semua parti gembira dengan Dr Wan Azizah sebagai ketua pembangkang,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, semalam.

Loke pula berkata, DAP turut yakin terhadap kepemimpinan Wan Azizah.

Bagaimanapun, kata  Salahuddin, Pakatan Harapan sentiasa membuka  pintunya untuk Muhyiddin.

Wan Azizah, yang turut hadir pada sidang akhbar  itu berkata,  Pakatan Harapan sedia bekerjasama dengan  mereka yang berkongsi matlamat sama untuk menggulingkan kerajaan BN. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru