Wednesday, June 29, 2022

Tentera Indonesia mahu selamatkan 10 tebusan Abu Sayyaf di selatan Filipina

Secara Rawak

JAKARTA:  Kini, 10 rakyat Indonesia  berada dalam tawanan Abu Sayyaf, termasuk tiga orang pada minggu lalu.

Sabtu lepas, tiga rakyat Indonesia diculik di perairan Sabah ketika menangkap ikan di kawasan Selatan Filipina.

Indonesia tidak mahu kumpulan bersenjata berkenaan terus bermaharajalela menculik rakyatnya.

Jen Gatot Nurmantyo _0000Justeru, menurut media negara ini, ia  merancang  menyelamatkan 10 rakyatnya dengan menghantar tenteranya meskipun belum terdapat perjanjian jelas dengan Manila mengenai kaedah operasi tersebut.

Menurut laporan Jakarta Post, Panglima Tentera Indonesia Jen Gatot Nurmantyo berkata, pasukannya bersedia membantu Filipina dan Malaysia menyelamatkan tebusan daripada kumpulan Abu Sayyaf.

Gatot berkata,  Filipina pada asasnya sudah memberi keizinan kepada tentera Indonesia memasuki wilayahnya.

Bagaimanapun, perincian operasi akan diputuskan kemudian.

Kebenaran bagi tentera Indonesia terbabit dalam operasi ketenteraan di Filipina akan diputuskan pada mesyuarat hari ini, kata Gatot.

Sementara itu, melumpuhkan Abu Sayyaf menjadi keutamaan  Presiden baharu Filipina, Rodrigo Duterte.

Tentera Filipina dikatakan akan terus melancarkan operasi untuk menyelamatkan tawanan dan menangkap anggota Abu Sayyaf.

Duterte yang rasmi menjadi Presiden pada 30 Jun lalu, berjanji untuk bertindak keras terhadap para penjenayah dan pengedar dadah dengan didukung tentera. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru