Sunday, August 7, 2022

Pele, pemain bola terkemuka, kahwin kali ketiga pada usia 75 tahun

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak dunia, Pele dilaporkan menikah untuk kali ketiga pada usia 75 tahun.

Beliau dikatakan menikah, Cibele Aoki, 42, seorang pengusaha, semalam.

Pele bertemu dengan isterinya yang berusia 42 tahun di New York pada tahun 1980-an.

Namun pasangan tersebut hanya serius dalam hubungan mereka pada tahun 2010, demikian kata Pele kepada akhbar Estado de S.Paulo.

Sebelum itu, Pele menikah dengan Rosemeri Cholbi dan memiliki tiga anak; Edinho, Jennifer, dan Kelly.

pele kahwin_0000Pele juga pernah menikah dengan Assiria Nascimento dan hasil perkahwinan kali kedua itu, beliau mempunyai dua orang anak,  Joshua dan Celeste.

Pele  yang memiliki nama penuh, Edson Arantes do Nascimento, dianggap   pemain  bola terbaik sepanjang sejarah.

Dilahirkan pada 23 Oktober 1940, Pele dilahirkan di Três Corações, Minas Gerais, Brazil.

Pele  berjaya membawa Brazil menjadi Juara Dunia  sebanyak tiga  kali, iaitu pada tahun 1958 di Sweden,  tahun 1962 di Chile, dan tahun 1970 di Mexico.

Berkat kejayaan  tersebut, Brazil Pelé mendapatkan julukan O Rei atau Sang Raja.

Awalnya dia dipanggil dengan nama Dico tetapi kemudian dia dipanggil sebagai Pelé oleh teman-temannya merujuk pada kiper Vasco da Gama yang merupakan idolanya, Bilé.

Pelé hidup dalam kemiskinan di Sao Paulo  dan mencari wang tambahan sebagai pelayan di kedai teh.

Pele kemudian bergabung dengan kelab lokal Bauru sejak 1952,  namun tidak mampu membeli kasut bola.

Dia kemudian bermain dengan mengikatkan surat khabar lama di kakinya sebagai kasut, dan buah  limau sebagai bolanya.

Pele menyumbat  1,281 gol dalam 1,363 pertandingan bersama Santos, New York Cosmos dan Brazil. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru