Saturday, May 21, 2022

Atlet sukan perahu layar SUKMA XVIII Sarawak maut motosikal jatuh longkang

Secara Rawak

MIRI: Kurang dua minggu sebelum SUKMA XVIII bermula, kem Sarawak menerima berita sedih semalam apabila salah seorang atletnya maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Muhd Syafiq Halias,15 tahun, atlet sukan perahu layar terbabit kemalangan di Marina Bay dekat sini sekitar jam 1.30 tengah hari semalam.

Ketika kejadian, mangsa dan rakannya, Muhammad Syafiq Hasnan,15 tahun, juga atlet perahu layar, sedang menunggang motosikal untuk kembali ke jeti tempat mereka berlatih selepas memberi barang keperluan di pusat bandar.

Malangnya, ketika melalui satu selekoh yang tajam, motosikal tersebut hilang kawalan menyebabkannya terbabas.

Kedua-duanya kemudian tercampak ke dalam longkang besar yang berketinggian sekitar dua setengah meter sebelum pengsan.

13661823_10157134980505367_6551483014149087566_o

“Saya hanya sedar sekitar jam 4 petang sebelum merangkak keluar dari longkang untuk mendapatkan pertolongan.

“Ketika itu, Syafiq juga tidak sedarkan diri,” kata Syafiq Hasnan yang turut mengalami kecederaan di badan dan trauma.

Difahamkan seorang pemandu lori melihat mangsa merangkak keluar dari longkang tersebut, lalu berhenti dan memberikan pertolongan.

Mayat mangsa kemudian dikeluarkan oleh pihak bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Unit Forensik Hospital Miri bagi tujuan bedah siasat.

Sementara itu, Chef de Mission Sarawak, Datuk Abdul Karim Hamzah ketika dihubungi berkata, beliau berasa amat sedih dengan tragedi ini.

“Saya berharap atlet-atlet SUKMA yang akan berentap dalam temasya itu tidak lama lagi akan berhati-hati dalam apa-apa tugasan yang dilakukan agar tidak menghadapi masalah yang boleh mencacatkan penyertaan mereka atau pasukan mereka.

“Daripada maklumat yang saya terima, kedua-dua mereka ini menunggang motosikal tanpa lesen.

“Harapan saya, semua pengurus pasukan tiap-tiap sukan perlu memastikan atlet-atlet di bawah jagaan mereka mempunyai tahap disiplin yang tinggi.

Tragedi ini kata Menteri Muda Belia dan Sukan Negeri lagi, sedikit sebanyak telah mencacatkan persiapan pasukan.

“Takziah saya kepada keluarga atlet ini, dan kepada rakan-rakan beliau dalam sukan perahu layar, semoga terus berjuang gigih untuk pasukan dan negeri Sarawak.” – Sarawakvoice.com

saa saas

13612138_10157134980380367_5114693656928531140_n

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru