Friday, September 30, 2022

Timbalan Pengarah tercekik biji asam paya, ditahan di hospital

Secara Rawak

KABONG: Salah seorang daripada bekas calon berpotensi untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.40 Kabong bersyukur dapat meraikan Aidilfitri tahun ini selepas terselamat daripada insiden tercekik biji buah asam paya.

yb tercekik-0001Individu terbabit yang juga merupakan Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Rajang Bintangor, Wan Madihi Wan Ali bercerita kisahnya ketika ditemui dalam majlis Rumah Terbuka Pegawai Daerah Kabong di sini hari ini.

Munurut Wan Madihi, insiden tersebut berlaku sehari sebelum beliau sepatutnya menghadiri sesi bertemu wakil rakyat di Kabong.

Bagaimanapun hajatnya terpaksa dibatalkan kerana di terpaksa berkejar ke hospital akibat tercekik biji asam paya.

Insiden malang itu berlaku ketika mangsa sedang menikmati juadah tengah hari sambil berulam buah asam paya di kediamannya di IPG Bintangor .

“Ketika kejadian secara tidak sengaja saya telah tertelan biji asam paya yang sedang dimakan menyebabkan saya tercekik apabila biji asam tersebut tersangkut di bahagian kerongkongnya,”ujarnya.

Insiden itu menyebabkan mangsa mengalami keadaan sukar bernafas dan tidak dapat minum.

Dalam keadaan tidak selesa dan terdesak mangsa berkejar dengan kenderaan ke hospital berdekatan untuk mendapat rawatan.

Beliau kemudiannya dikejarkan pula ke Hospital Sibu dan terpaksa ditahan di wad hospital Sibu selama tiga hari.

Selama tempoh itu juga mangsa tidak dibenarkan makan dan minum dan terpaksa melalui proses rawatan dan ‘tambah air’ secara suntikan.

“Ia amat menyakitkan. Pihak doktor terpaksa memasukkan sejenis alat melalui mulut saya dan terus ke kerongkong untuk menolak biji asam tersebut. Dalam beberapa ketika biji asam tersebut berjaya ditolak masuk ke usus dan barulah saya berasa lega dan boleh bernafas dengan selesa,” jelasnya.

Mangsa yang berusia dalan lingkungan 60-an akhirya dibenarkan pulang pada Ahad sehari sebelum ketibaan Syawal.

Peristiwa terbabit menjadi bualan hangat dalam kalangan rakan mangsa kerana bunyinya yang agak lucu dan jarang berlaku.

Malah ada daripada kalangan rakan mangsa berseloroh dengan mengingatkan mangsa agar lebih berhati-hati selepas ini terutama ketika makan buah durian kerana bijinya lebih besar dan jika tertelan pasti lebih berbahaya.

Mangsa yang juga suka berjenaka menyambut seloroh rakan-rakanya dengan menyatakan yang beliau akan cuba menelan biji buah bambangan (buah embang dalam bahasa Sarawak) selepas ini.

Apapun jelas mangsa moral daripada peristiwa yang berlaku pada dirinya adalah kita perlu sentiasa berwaspada dalam apa jua tindakan kerana sesuatu yang berupa nikmat untuk hidup pun boleh mengancam nyama jika kita lalai. – Sarawakvoice.com

yb tercekik-0002

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru