Tuesday, June 28, 2022

Tiga hari kahwin, berhabis RM120,000, isteri tinggalkan Liu dan sapu semua wang simpanan

Secara Rawak

SHANXI: Liu, pemuda desa yang tidak pernah mengecap kehidupan kota. Selepas tamat sekolah menengah, dia terus bekerja menjadi tukang masak di desanya.

Apabila sampai masanya, pada Februari 2013, Liu dipertemukan jodoh dengan wanita yang disukainya ketika 20-an tahun.

Sebagai lelaki, Liu bertanggungjawab meminang wanita terbabit. Demi menaiki pelamin, Liu bekerja keras dan menabung.

Untuk pesta perkahwinanya, Liu perlu mengumpul dan membelanjakan wang yang banyak.

“Saya menghabiskan 200,000 yuan (hampir RM120,000) untuk berkahwin. Sebanyak 85,000 yuan (RM50,836) saya berikan kepada keluarga isteri dan 20,000 yuan (RM11,961) untuk membayar mas kawin.

“Ketika keluarganya berkunjung, mereka mengambil 10,000 yuan (RM5,980) lagi dan saya menambah 30,000 yuan (RM17,942) lagi. Bakinya, 60,000 yuan (RM35,884) saya guna untuk majlis perkahwinan,” kata Liu menurut laporan Shanghaiist pada Ahad lepas.

Malangnya, selepas berbelanja besar untuk perkahwinannya, lelaki yang berasal dari keluarga miskin di Shanxi ini kembali miskin.

Penat lelahnya bekerja selama ini tidak berbaloi. Bahkan, dia sanggup berhutang dan meminjam dengan orang lain demi menginjak pelamin.

Kebahagian yang cuba dikecapinya sekali seumur hidup dengan pasangan yang disangkanya mahu sehidup semati dengannya, musnah dalam tempoh yang singkat.

Setelah tiga hari berkahwin, isteri Liu akhirnya menghilangkan diri membawa segala impian pemuda malang ini, termasuk membawa lari semua wang simpanan Liu.

070903

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru