Tewaskan Perancis 1-0, Portugal juara Euro 2016

0
16

PARIS: Dengan menendang bola rendah dari jarak sejauh 22 meter lalu merembat gawang gelanggang tuan rumah Perancis, Antonio Eder, muncul wira Portugal.

Jaringan tunggal minit ke-109 dalam masa tambahan itu menjadi senjata kemenangan Portugal dalam final Euro 2016 di stadium Stade de France, Paris pada dinihari Isnin waktu Malaysia, sekali gus menafikan juara kali ketiga Perancis.

https://www.youtube.com/watch?v=I6HzeSAcKDQ

Perancis menguasai permainan, namun banyak serangan gencarnya berjaya ditambat oleh penjaga gawang Portugal, Rui Patricio, termasuk tendangan keras Antoine Griezmann.

Babak awal diwarnai insiden pelanggaran lutut antara pemain handalan Portugal yang juga kalten pasukan, Christiano Ronaldo dengan pemain tengah tuan rumah, Dimitri Payet.

Portugal kehilangan Ronaldo hiba ketika dituntun untuk mendapatkan pertolongan pertama dan terpaksa berhenti bermain pada minit ke-24.

Sepanjang 95 minit permainan, selepas menangis, bintang Real Madrid, Ronaldo tidak lagi beraksi di padang.

Memasuki waktu rehat, tiada gol berjaya dijaringkan oleh kedua-dua pasukan.

Demikian ketika memasuki masa kedua, tiada gol dihasilkan sehingga permainan memasuki waktu tambahan, Eder berjaya mengubat kekecewaan mereka yang pernah gagal ke perlawanan akhir 2004 di tangan Greece.

Sebagaimana dimaklumi pada November 2015, Stade de France menjadi sasaran serangan teroris yang menewaskan 130 jiwa.

Justeru, untuk final Piala Eropah 2016, ribuan polis dan tentera dikerah berjaga-jaga di Paris bagi menjamin keselamatan di stadium Stade de France, Menara Eiffel dan tempat awam yang menjadi tarikan penonton bola sepak.