Sunday, August 14, 2022

Dayak wajar sokong Adenan yang banyak beri peluang kepada mereka

Secara Rawak

KUCHING: Masyarakat Dayak wajar dan perlu berterusan menyokong kepemimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Presiden Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU), Tan Sri William Mawam Ikom membuat seruan berkenaan atas kewajaran Adenan banyak memberi peluang kepada kaum Dayak di negeri ini.

Seperti diketahui umum, ramai pemimpin Dayak diberi jawatan penting dalam kabinet negeri yang baharu dibentuk oleh Adenan baru-baru ini.

Bagi Mawan, pelantikan dua timbalan ketua menteri Dayak iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Datuk Amar James Masing serta dua lagi menteri penuh Dato Sri Michael Manyin Jawong dan Datuk Dr Stephen Rundi membuktikan kerajaan yang diterajui Adenan adalah kerajaan untuk rakyat.

Melalui teks ucapan yang dibaca Bendahari Agung SDNU Christopher sempena makan malam tahunan SDNU Siol Kandis di Thian Court, Crown Square di Kuching pada Ahad, Mawan berkata, “Melihat pada tindakan Ketua Menteri ini, Dayak seharusnya terus menyokong kerajaan terutama polisi beliau untuk membawa lebih banyak pembangunan kepada rakyat.

Mawan mengulas lanjut, antara polisi Adenan yang harus mendapat pujian rakyat ialah penurunan kuasa daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri yang mampu memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat negeri ini.

Mawan yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan dan Ahli Parlimen Saratok berharap melalui polisi Adenan lebih ramai kaum Dayak diberi peluang pekerjaan. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru