Saturday, October 8, 2022

Bas hilang kawalan rempuh 10 kenderaan di Ipoh, dua cedera

Secara Rawak

IPOH: Hilang kawalan apabila menuruni bukit menyebabkan sebuah bas merempuh 10 buah kereta di hadapannya ketika kenderaan bergerak perlahan di kilometer 265.8 Lebuh raya Plus, arah selatan selepas Terowong Menora petang semalam.

Dalam kejadian sekitar 2.45 petang itu, yang turut dirakamkan oleh kamera litar tertutup milik Plus, bas dari Pulau Pinang menuju Johor Bahru tersebut meluncur laju sebelum merempuh satu demi satu kenderaan di hadapannya.

Rakaman video berdurasi 13 saat itu, bas ekspres berkenaan dipandu laju dan gagal dikawal, kemudian menjadi viral dalam kalangan pengguna media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintendan Wan Jamil Wan Chik ketika dihubungi berkata, impak rempuhan kuat tersebut menyebabkan dua mangsa dalam kenderaan pertama mengalami kecederaan.

“Bas ekspres itu dipercayai dalam perjalanan ke selatan dan membawa 28 penumpang, dipercayai hilang kawalan ketika menuruni bukit curam dan selekoh tajam di situ.

“Kita menerima laporan hanya dua mangsa yang dilaporkan cedera manakala pengguna kenderaan lain selamat,” katanya.

Kata Wan Jamil, siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan, sama ada kerana kecuaian pemandu bas atau pemandu terbabit mengantuk atau berhadapan masalah teknikal.

bas lost-0000

“Semua pemilik kenderaan yang terlibat telah membuat laporan polis di cawangan Trafik Ipoh dan pemandu bas itu akan ditahan untuk membantu siasatan,” katanya.

Tegasnya lagi, polis Perak memandang serius kejadian tersebut.

“Kita akan siasat secara menyeluruh sama ada ia melibatkan isu-isu teknikal, kelalaian dan pengaruh dadah atau alkohol,” katanya.

Difahamkan, kemalangan yang berlaku ketika orang ramai dari arah utara tanah air kembali ke ibu kota itu menyebabkan kesesakan trafik sepanjang 11 kilometer, sehingga semua kenderaan dapat dialih dua jam kemudian.

Pemandu berusia 51 tahu itu mempunyai sembilan saman trafik tertunggak, membabitkan kes memandu melebihi had laju, memandu perlahan di lorong kanan, ingkar arahan trafik, dan tidak mematuhi papan tanda lalu lintas.

Pemandu terbabit ditahan bagi membantu siasatan.- Sarawakvoice.com

bas lost-0001

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru