Friday, August 19, 2022

Presiden Filipina tidak terima layanan VIP di lapangan terbang

Secara Rawak

KOTA KINABALU: Tidak ada layanan VIP bagi Presiden Rodrigo Duterte di lapangan terbang Manila.

Seperti para penumpang lain, Presiden yang baru menduduki kerusi itu  pada 30 Jun lalu, perlu melalui pemeriksaan keselamatan biasa ketika beliau hendak terbang balik ke Davao City menaiki penerbangan komersial lewat Khamis.

Duterte, seperti penumpang lain, melalui pengimbas X-ray di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino.

duterteairport.mb_.com_.ph_

Tidak ada layanan istimewa walau beliau Presiden negara 102 juta jiwa itu.

Pejabat Komunikasi Presiden telah mengeluarkan gambar berkenaan.

Beliau juga, menurut laporan Manila Times bercakap dengan para penumpang lain ketika menuju ke pintu keberangkatan, diiringi pegawai keselamatan.

Menurut akhbar itu, Duterte menempah tiket ekonomi premium Philippine Airlines, yang bertolak dari Manila, selepas pukul 10 malam.

Dikatakan itu merupakan pertama kali Presiden Filipina menaiki pesawat komersial.

Duterte telah menggariskan dasar tidak ada layanan istimewa bagi dirinya dan anggota Kabinetnya selepas menjadi Presiden.

“Kami tidak seharusnya dilayan berbeza daripada penumpang lain yang menderita,” beliau dipetik sebagai berkata.

Duterte menghadiri majlis Hari Raya Aidilfitri bersama umat Islam di SMX Convention Center  di Davao City pada malam Jumaat.

Ada yang gembira dengan langkah Duterte itu, tetapi tidak kurang yang tidak bersetuju, kerana ia dikatakan boleh mengancam nyawanya dan juga nyawa penumpang lain jika berlaku pihak yang hendak membunuh beliau. – Sarawakvoice.com

Rodrigo Duterte airplane

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru