Wednesday, June 29, 2022

Mangsa pedofil oleh Richard Huckle dirayu hubungi pihak berkuasa – Rohani Karim

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini merayu kepada kanak-kanak dan ibu bapa kepada mangsa pedofil, Richard Huckle agar tampil menghubungi Talian Nur kementerian itu bagi membolehkan anak-anak malang ini dibantu .

Menterinya, Datuk Seri Rohani Karim berkata, ketika ini pihak kementeriannya telah berusaha untuk mencari kanak-kanak terbabit namun masih gagal untuk mengesan mereka.

rohani raya-0008“Kita hanya ada gambar kanak-kanak ini, tanpa nama dan identiti. Lebih malang lagi kita tidak boleh menyebar dan menghebahkannya kita kepada umum,” katanya ketika ditemui di rumah terbuka kementeriannya yang bertemakan Riang Ria Raya Aidilfitri di Dewan Undangan Negeri Lama dekat sini.

Menjelas lanjut, Rohani berkata, pada waktu ini, kementeriannya hanya dapat mengadakan program dan aktiviti khas di kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lokasi Huckle melepaskan nafsu liarnya.

“Kita berharap dengan kehadiran dan pendekatan kita, ada antara mangsa akan tampil menceritakan apa yang sebenarnya berlaku,” katanya.

Rohani berkata, biar berat bagi ibu bapa untuk mengakui anak mereka menjadi mangsa perbuatan terkutuk ini, mereka harus memberanikan diri memberitahu pihak berkuasa, walaupun dengan hanya menggunakan telefon tanpa bersemuka.

“Kita faham mangsa adalah kanak-kanak dan agaknya mereka pun memang tidak sedar bahawa mereka adalah mangsa.

“Jadi oleh yang demikian saya merayu kepada ibu bapa … dan mungkin ibu bapa pun tidak mengetahui… tetapi kita warwarkan sahaja tanpa ada nama … kepada emak bapa yang sebenarnya mengetahui untuk tampil ke hadapan.

“Kalau kami dapat seorang dua atau beberapa orang daripada mangsa…selepas itu yang lain akan mungkin akan turut serta,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, berdasarkan maklumat yang diperoleh, mungkin terdapat lebih 20 kanak-kanak yang menjadi mangsa kepada pedofil terbabit dan pihak berkuasa hanya mempunyai visual, tanpa identiti sebenar mereka.

Pedofil Richard Huckle , 30 tahun , dari Ashford, Kent telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada bulan lalu setelah mengaku salah terhadap 71 dakwaan melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak, termasuk 23 kanak-kanak yang dipercayai dari Kuala Lumpur — tempat dia pernah menjadi guru bahasa Inggeris.

Kebanyakan mangsanya dipercayai berusia antara enam hingga 12 tahun dan merupakan kanak-kanak jalanan daripada keluarga miskin.

Berdasarkan siasatan pihak berkuasa di Britain, Huckle melakukan perbuatan terkutuk itu dari tahun 2006 hingga 2014.

Ketika ditangkap Polis Britain di Lapangan Terbang Gatwick, sekembalinya dari Kuala Lumpur pada tahun 2014, pihak berkuasa berjaya merampas lebih 20 ribu gambar kanak-kanak di dalam simpanannya selain manual catatan bertajuk “Pedophiles and proverty: Child lover guide”.

Sementara tu, berhubung bank data pesalah pedofil di negara ini, Rohani berkata, maklumat tersebut kini sedang dikemaskinikan dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia.

rohani raya-0001

“Kita telah meminta pihak polis untuk melakukan klasifikasi terhadap maklumat-maklumat yang mengkhusus kepada pesalah kanak-kanak atau dikenali sebagai “predators” atau “pemangsa”.

“Pada masa yang sama kita juga telah menubuhkan dua buah jawatankuasa iaitu jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa pemandu yang mengambil konsep strategi lautan biru kebangsaan – nbos — untuk mengekang masalah ini daripada bertambah buruk.

Kedua-dua jawatankuasa ini akan diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha kementerian akan bermesyuarat selepas sambutan Aidilfitri bagi merincikan tindakan yang boleh diambil terhadap pesalah pedofilia di negara ini.

“Ini penting kerana secara tegas saya tidak mahu golongan ini memiliki pandangan sinis bahawa Malaysia adalah ‘ syurga untuk pedofilia’,” katanya.

Lebih 15 ribu pengunjung hadir ke rumah terbuka tersebut, termasuk Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru