Wednesday, June 29, 2022

Madrasah di Malaysia sentiasa dipantau, pastikan tiada aktiviti ancaman militan

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan akan sentiasa memantau semua madrasah di negara ini bagi memastikan tempat pengajian itu tidak terbabit dengan aktiviti ancaman militan Daesh.

Sambil mengakui setakat ini tidak terdapat maklumat mengenai pembabitan madrasah dalam kegiatan berkenaan, beliau berkata kalau ada, sudah pasti pihak polis mengambil tindakan sewajarnya.

zahid raya-0000“Setakat ini, kita tidak dapat sebarang maklumat mengenai pembabitan madrasah,” katanya kepada pemberita  di Rumah Terbuka beliau di Sri Satria, Sabtu.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata: “Jika ada, pihak polis sudah tentu mengambil beberapa langkah dan tindakan.”

Zahid berkata Malaysia dan Indonesia turut berkongsi dan bertukar-tukar maklumat dalam usaha membanteras ancaman keganasan di kedua-dua negara.

“Banyak bentuk pertukaran maklumat dibuat oleh pihak Interpol dan diberikan kepada pihak polis dan Polis Indonesia,” katanya sambil menegaskan bahawa tujuannya adalah untuk membanteras sepenuhnya pengaruh keganasan dalam negara. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru