JAKARTA: Aktivis gerakan liberal termasuk ISIS sengaja mencetuskan aksi keganasan bertujuan agar harga minyak dunia naik.

Pengamat dasar dan pengamal undang-undang jenayah, Ferdinand Montororing, mengatakan bahawa gerakan terorisme di dunia sudah menjadi seperti satu perniagaan atau pelaburan.

Ferdinand Montororing“Ia ibarat isu panas yang dimainkan oleh kumpulan liberal.

“Gerakan terorisme ini sengaja dicipta, selepas itu ia terlepas menjadi isu liar,” kata Ferdinand dalam perbahasan “Graha Satu Pembaharuan” di Jakarta Selatan pada Sabtu lepas.

Terbukti bahawa akibat aksi terorisme yang berlaku di beberapa negara, Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menetapkan harga minyak naik.

Akibatnya, industri di negara import menjadi lemah, bahkan ia berlaku di Amerika Syarikat sendiri.

“OPEC menetapkan harga minyak yang tinggi bagi menggerakkan industri negara maju.

Menurut Ferdinand, hal ini memberi kesan negatif kepada negara maju sehingga Detroit jatuh bankrap.

Dalam menanganinya, Presiden Barrack Obama melancarkan dana “bail out”, namun ia tidak mampu memulihkan Kota Detroit sebagai kota industri,” dakwa Ferdinand seperti dilaporkan Okezone.com.

Ironisnya, ketika OPEC meletakkan harga minyak pada paras tinggi, ISIS pula menjualnya dengan harga yang rendah.

Justeru, menurut Ferdinand ini antara sebab ISIS menyemarakkan terorisme di merata dunia.

“Apabila mereka mencipta terorisme di mana-mana, kita harus mengatasinya,” Ferdinand melontarkan pendapatnya. – Sarawakvoice.com