KOTA KINABALU: Jangan main-main dengan Presiden Rodrigo Duterte.
Walau suka berjenaka dan bermulut celopar, awas, jika anda seorang pengedar dadah.
Beliau kotakan apa-apa yang beliau katakan. Kemenangan beliau sebagai Presiden pada 9 Mei adalah di sebalik janjinya untuk membunuh ribuan pengedar dadah dan penjenayah lain.
Beliau memohon kerjasama polis dan orang awam supaya membantu dalam misi tersebut.
Pada dinihari semalam, sembilan orang “personaliti dadah”, maksudnya pengedar dadah terkemuka dan nama besar dalam dunia pengedaran dadah, telah dibunuh. Pada Jumaat pula, polis menembak mati tiga orang pengedar dadah di Quezon City.
Sebenarnya lebih 100 orang suspek telah dibunuh dalam tempoh tujuh minggu — membuktikan kesungguhan dan komitmen Duterte. – Sarawakvoice.com