Sunday, December 5, 2021

Rumah di kawasan Kota Samarahan dijangka terus mendapat perhatian pembeli

Secara Rawak

KUCHING: Ketika begitu sukar bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk membeli rumah mampu beli, harga rumah di Sarawak dikatakan semakin di luar keupayaan rakyat kebanyakan.

Ramai yang mengeluh kerana rumah bukan sahaja tinggi harganya, tetapi sukar diperoleh, dan semakin jauh dari bandar. Banyak projek perumahan di sekitar Kuching, terutama di Kota Samarahan, Matang dan Batu Kawah dijual pada harga tinggi.

rumah samarahan-0000
Gambar hiasan: Projek perumahan di Kota Samarahan

Rumah teres setingkat dalam lingkungan RM250,000, rumah teres dua tingkat sekitar RM400,000 dan rumah berkembar dua tingkat RM750,000 dan ke atas.

Pasaran hartanah yang sebelum ini dikatakan agar perlahan dijangka kembali cergas pada separuh kedua tahun ini meskipun ada penganalisis hartanah percaya bahawa pasaran hartanah tempatan akan terus suram.

Ini disebabkan lonjakan harga yang begitu tinggi dalam beberapa tahun lalu, mulai 2008.

Menurut seorang pemaju yang enggan dikenali, orang ramai sentiasa berminat untuk membeli hartanah, terutama rumah di bawah RM300,000 di Kuching dan kawasan sekitarnya.

Beliau berkata, ini merupakan masa terbaik untuk membeli rumah selepas harga rumah sudah diselaraskan.

Kini, dengan garis panduan pinjaman bank yang semakin ketat disebabkan hutang isi rumah yang semakin meningkat, golongan muda terutamanya semakin sukar untuk membeli rumah.

Namun pemaju terbabit berkata, pembelian rumah di bawah RM400,000 akan terus mendapat permintaan walaupun di Kuching dan kawasan sekitarnya banyak projek mewah dilancarkan.

Kawasan Kota Samarahan terus mendapat perhatian pembeli kerana projek yang berkualiti, potensi kenaikan nilai hartanah yang dibeli, pelbagai kemudahan seperti jalan raya yang elok, pusat beli-belah dan universiti.

Untuk tahun-tahun akan datang, kawasan ini dijangka akan menjadi perhatian pemaju dan pembeli hartanah, dengan nilainya meningkat sekitar 5 peratus setahun. – Sarawakvoice.com

Gambar hiasan: Projek perumahan di Kota Samarahan
Gambar hiasan: Projek perumahan di Kota Samarahan

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru