Monday, November 28, 2022

Polis enggan dedahkan motif pembunuhan Bill Kayong

Secara Rawak

KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor berkata di sini semalam, polis tidak akan mendedahkan motif  pembunuhan setiausaha  Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri, Bill Kayong  bagi memastikan siasatan yang rancak dijalankan tidak terganggu.

Bill Kayong ditembak mati oleh orang tidak dikenali, tetapi dipercayai sebagai pembunuh upahan di Miri pada 21 Jun.

Sambil menegaskan  pihak polis masih perlu  melengkapkan siasatan sebelum hasil siasatan dikemukakan kepada pendakwa raya, beliau berkata pendedahan butir lanjut berkaitan kes itu tidak akan didedahkan.

“Motif pembunuhan tidak akan didedahkan kerana dikhuatiri akan menjejaskan siasatan dan proses perbicaraan di mahkamah nanti,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya Aidilfitri di kediaman rasminya di sini, kelmarin.

Menjawab soalan pemberita tentang enam suspek yang ditahan sebelum ini, beliau sekali lagi menegaskan tidak akan mendedahkan butir-butir lanjut berkenaan dengan perkara itu.

“Saya tak dapat dedahkan perkara ini buat masa sekarang kerana siasatan masih dijalankan,” katanya sambil menjelaskan bahawa pihak polis akan meneruskan siasatan sehingga lengkap dan mereka berpuas hati.

Setakat ini lapan orang suspek telah ditahan dan senapang patah yang dipercayai digunakan untuk membunuh telah dijumpai. – Sarawakvoice.com

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru