KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Britain, David Cameron menyampaikan  ucapan selamat Aidilfitri kepada umat Islam di seluruh dunia.

Umat Islam menyambut perayaan Aidilfitri pada 6 Julai.

Cameron yang akan melepaskan jawatannya Oktober ini ekoran referendum Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) menyampaikan ucapan tersebut pada Rabu.

“Ketika hadiah dibungkus, hidangan disiapkan dan bulan suci Ramadan telah sampai pada hujungnya, ingin saya  sampaikan selamat merayakan Aidilitri kepada umat Islam di negara ini dan di seluruh dunia,” kata Cameron.

Ucapan itu  turut disampaikan dalam kenyataan rasmi kerajaan Britain melalui portal www.gov.uk.

Cameron berkata, beliau gembira melihat rakyatnya merayakan Aidilfitri dengan meriah, menghibur yang kesepian, memberikan hadiah untuk anak-anak di rumah sakit, merayakan pesta jalanan dalam masyarakat.

Katanya, itu semua merupakan nilai-nilai luhur Inggris, yakni persatuan, toleransi dan mengutamakan sesama.

“Kita memerlukan nilai-nilai tersebut sekarang dalam masa yang berat ini, lebih daripada bila-bila pun,” katanya.

Cameron lalu menyentuh serangan pengganas di pelbagai kota di dunia menjelang  Aidilfitri ini.

Katanya: “Terlalu banyak orang sudah menjadi menjadi korban tidak bertolak ansur di jalanan kita.”

Cameron pada akhir ucapannya mengajak warga Inggeris supaya mengukuhkan kembali nilai-nilai Inggeris yang telah menjadikan mereka salah sebuah negara demokrasi yang multietnik dan multikepercayaan dengan ekonomi yang maju. – Sarawakvoice.com