KOTA KINABALU: Presiden Filipina Rodrigo Duterte yang mengangkat sumpah pada 30 Jun lalu, akan menjadikan Bahay Pangarap sebagai kediaman rasminya.

Beberapa minggu lalu, presiden yang bermulut celopar dan ingin membunuh pengedar dadah dan penjenayah itu berkata tidak mahu tinggal di Istana Malacanang, kerana percaya bahawa istana berkenaan berhantu.

31513_412262691976_116724526976_4773291_3583209_n
Bahay Pengarap

Kononnya, kelibat hantu bekas presiden Manuel Quezon, Manuel Roxas dan Ramon Magsaysay pernah dilihat di istana berkenaan. Strukturnya juga dikatakan dihuni oleh hantu mangsa Perang Dunia Kedua.

Istana Malacanang yang berusia 150 tahun mempunyai keluasan 9,000 meter persegi dan 60 kamar termasuk bilik mandi. Ia lebih besar daripada Rumah Putih yang mempunyai keluasan 5,000 persegi.

Menurut laporan media di Manila, seperti Presiden Beningo Aquino sebelum beliau, Duterte memilih untuk tinggal di Bahay Pengarap, dan akan pindah ke kediaman berkenaan minggu depan.

Dibina pada 1930-an, Bahay Pangarap direka oleh Juan Arellano, dan telah mengalami beberapa pengubahsuaian.

Kediaman berkenaan terletak di ibu pejabat Kumpulan Keselamatan Presiden di seberang Sungai Pasig. – Sarawakvoice.com

SL2_PH4-07Jul2016_AM1