Thursday, December 8, 2022

Sarawak bebas ancaman Daesh – Pesuruhjaya Polis Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor semalam berkata, Sarawak ketika ini masih bebas daripada pengaruh militan Daesh.

Menurutnya, hasil pemantauan pihaknya, tiada ancaman penyebaran fahaman militan dikesan di negeri ini setakat ini.

“Alhamdulillah. Namun ia tidak bermakna kita leka. Kita bukan setakat memantau orang awam, malah pegawai dan anggota kita sendiri,” katanya ketika ditemui di rumah terbukanya di Casa Maxwell dekat sini, semalam.

Beliau memberi reaksi berhubung penangkapan dua anggota polis dan beberapa individu lain berikutan serangan bom tangan yang didalangi Daesh di bar dan kafe Movida di Puchong, Selangor minggu lepas.

Sementara itu, di Putrajaya, Menteri Pertahanan, Datuk Hishamuddin Hussein berkata, beliau telah mengeluarkan arahan kepada Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (Kagat) agar melakukan pemantauan rapi penyebaran fahaman militan tersebut dalam kalangan pegawai dan anggota pasukan keselamatan.

“Adalah penting untuk anggota kita tidak terpengaruh kepada fahaman ekstreme golongan militan ini kerana ia hanya salah satu bentuk ideologi,” katanya lagi, ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru