INDORE: Akibat menderita pneumonia atau radang paru-paru semenjak dilahirkan membuat tulang hidung remaja India ini rosak.

Arun Patel, 12 dibawa ibu bapanya berjumpa doktor di desa bahagian Madhya Pradesh, namun rawatan yang dijalaninya sejak bayi itu membuat keadaan hidungnya semakin parah.

idong dahi-0001Sehingga menginjak usia remaja, Arun kehilangan batang hidungnya akibat kegagalan rawatan.

Kes ini mengundang perhatian dunia perubatan India yang berusaha mencari jalan keluar untuk merawatnya.

Kumpulan doktor Kota Indore memerlukan tempoh waktu 12 tahun, sebelum memutus melakukan operasi plastik empat tahap yang jarang dilakukan bagi memberikan Arun hidung baru dan harapan hidup yang baru.

Namun, proses yang dilakukan agar luar biasa kerana rawatan ini menjadikan remaja lelaki ini manusia pertama yang memiliki hidung di dahi.

“Saya yakin hidung barunya akan bekerja dengan sangat baik, seperti organ tubuh lainnya,” kata Doktor Ashwini Dash, ketua operasi tersebut.

Operasi plastik yang berlangsung setahun itu berlaku dalam empat tahap.

Tahap pertama, menanam rangka baru yang dibuat daripada silikon di dahinya bagi memberi ruang untuk hidung baru itu tumbuh.

Kemudian cairan kimia khusus disuntikkan ke atas rangka tersebut.

idong dahi-0000Tahap kedua, kulit untuk tulang rawan hidungnya diambil dari dadanya.

Kulit berkenaan dibentuk sebagaimana tampilan luar hidung manusia.

Pertumbuhannya dianggarkan memakan masa tiga bulan.

Tahap ketiga, doktor mula menanggalkan hidung buatan di dahinya kemudian menyematkan hidung itu pada posisi sepatutnya pada wajah Arun.

Pada tahap akhir, barulah dahi Arun dirawat. – Sarawakvoice.com