WASHINGTON: Amerika Syarikat sedar rejim Zionis merancang merampas tanah Palestin secara sistematis mula

mengkritik rancangan baru Israel membangun ratusan rumah baru di Tebing Barat dan timur Jerusalem.

Jurucakap Kementerian Luar AS, John Kirby mengkritik rancangan terkini rejim Zionis itu secara terbuka.

Kelompok sekutu Timur Tengah terdiri daripada AS, Rusia, Kesatuan Eropah dan PBB turut mengkritik rancangan yang disahkan oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada Selasa lepas itu.

Associated Press melaporkan maklumat dari pegawai Israel bahawa rancangan pembangunan tersebut termasuk mendirikan 560 rumah baru di Maale Adumim, pinggir Jerusalem dan 200 rumah baru lagi di dalam kota tersebut.

Israel juga merancang mendirikan 600 rumah di wilayah permukiman Arab di timur Jerusalem.

“Laporan tersebut akan jadi langkah terbaru dari proses rampasan tanah secara sistematis, peluasan permukiman yang pasti menggagalkan gagasan two-state solution,” kata Kirby pada Rabu sebagaimana dilaporkan BBC.

Rancangan pembangunan ratusan rumah baru itu turut mendapat kritikan tajam Setiausaha Jenderal PBB Ban Ki-moon.

“Hal ini menimbulkan persoalan berkaitan niat jangka panjang Israel yang dirosakkan lagi oleh kenyataan terus-menerus dari sejumlah menteri mereka yang menyeru kepungan ke atas Tebing Barat,” kata pemimpin berasal dari Korea Selatan itu.

Kelompok sekutu Timur Tengah mengkritik Israel kerana membangun tapak permukiman baru dan sentiasa merancang pembangunan eksklusif untuk warga Israel

Pada masa yang sama mereka menafikan pembangunan dan hak warga Palestin.

Palestin terus berjuang mendirikan negara bebas mencakupi wilayah Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan timur Jerusalem.

Untuk jangka panjang Israel tidak pernah bertolak ansur dan menganggap wilayah tersebut sebagai tapak yang pernah dimenangi mereka pada perang 1967.

Rundingan damai terakhir di antara kedua-dua negara pada 2014 pecah sehingga menimbulkan keganasan di kawasan terbabit. – Sarawakvoice.com