Monday, November 28, 2022

Adenan akui rundingan penurunan kuasa dengan Kerajaan Persekutuan rumit

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak mengakui bahawa rundingan berhubung penurunan kuasa daripada kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri amat rumit dan memerlukan masa sebelum dapat dimuktamadkan.

Tan Sri Adenan Satem berkata, rundingan berkenaan membabitkan banyak isu termasuk undang-undang dan politik.

Ia dijangka hanya dapat selesai menjelang akhir tahun, namun berharap beberapa keputusan dapat diselesaikan sebelum tempoh tersebut.

“Bukan semua keputusan tetapi rundingannya sangat rumit melibatkan isu undang-undang, isu politik dan sebagainya. Tetapi saya mengharapkan satu atau dua keputusan dicapai pada akhir tahun ini,” katanya.

13626962_10154327629753390_4427300433779631611_nAdenan berkata demikian pada sidang media semasa majlis Rumah Terbuka beliau di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK) di sini, hari ini.

Sambil mengakui bahawa keputusan tidak mungkin dapat dicapai lebih awal, namun beliau berharap ada beberapa perkara yang dapat dimuktamadkan sebelum tempoh berkenaan.

Adenan ketika ditanya perkara berkenaan, menjelaskan bahawa ia berkaitan penurunan kuasa pentadbiran selanjutnya dan perwakilan kuasa.

Pada Isnin, Adenan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya.‎

Adenan berkata, beliau sangat gembira kerajaan persekutuan memberi sambutan positif semasa mesyuarat tersebut.

Katanya, semasa mesyuarat berkenaan, beliau memperincikan keputusan kerajaan Sarawak berhubung isu-isu terbabit.

Dalam mesyuarat itu, katanya, Najib mencadangkan supaya ditubuhkan jawatankuasa pegawai persekutuan terutama membabitkan peguam, Peguam Negara dan Peguam Besar Negeri Sarawak.

Sarawak akan diwakili oleh Peguam Besar Negeri dan penasihat undang-undang negeri Datuk J. C Fong.

Rundingan berkaitan penurunan kuasa melibatkan tiga fasa.

Fasa pertama melibatkan kerajaan negeri Sarawak dan kerajaan persekutuan,  fasa kedua akan menyentuh hak negeri itu, dan fasa ketiga mengenai permohonan royalti minyak dan gas. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru