Saturday, October 8, 2022

Rumah Terbuka Aidilfitri kenamaan di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bermula hari ini menyaksikan beberapa kenamaan mengadakan rumah terbuka.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Raghad Kurdi Taib akan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di Astana pada hari raya pertama dan kedua.

Tun Taib dan isteri akan menerima tetamu dari jam 10.30 pagi hingga tengah hari dan dari jam 2.30 hingga 4.30 petang.

Pada hari raya kedua pula, Tun Taib dan isteri akan menerima tetamu dari jam 10.30 pagi hingga tengah hari.

Orang ramai yang akan menghadiri majlis rumah terbuka itu dinasihati berpakaian sopan.

Manakala Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan isteri Datin Patinggi Jamillah Haji Anu akan para tetamu untuk menghadiri rumah terbuka mereka, pada hari raya pertama dan kedua, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Masa melawat adalah dari jam 10.30 pagi sehingga 4.00 petang pada kedua-dua hari tersebut.

Perkhidmatan bas akan disediakan untuk membawa tetamu pergi dan balik dari BCCK masing-masing di Masjid Bahagian Kuching dan Kompleks Dewan Undangan Negeri lama, di kawasan Petra Jaya.

Waktu operasi perkhidmatan tersebut adalah dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mengadakan rumah terbuka pada hari raya pertama dan kedua bermula jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka di Petra Jaya Kuching.

Pada masa yang sama, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan mengadakan rumah terbuka pada hari raya kedua di Hotel Seri Malaysia Lawas dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof mengadakan rumah terbuka pada hari raya keempat pada hari Sabtu di kediamannya di PJ Height Jalan Sultan Tengah dari jam 11 pagi hingga 5 petang.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pula mengadakan rumah terbuka pada hari raya kedua di Kompleks Dewan Undangan Negeri lama, di Petra Jaya, bermula jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Turut mengadakan rumah terbuka ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohd Morshidi Abdul Ghani pada hari raya pertama dan kedua di kediamannya di no 381 Jalan Bunga Kasturi, Kampung Pinang Jaya, Kuching.

Majlis bermula dari jam 1.00 tengah hari hingga jam 6.00 petang pada hari pertama dan bermula jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang pada hari raya kedua.

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sarawak 2016, Datuk Mazlan Mansor akan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang di kediaman rasmi beliau di Casa Maxwell Jalan Maxwell Kuching.

Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri N6 Tupong Fazzaruddin Abdul Rahman akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka pada hari raya ketiga bermula jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang di Dewan Akademi Kastam di Matang. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru